Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Kesihatan > Kandungan

Jangan Duduk Terlalu Lama

2016-06-03 11:24:10

Banyak bukti yang menunjukkan duduk terlalu lama, seperti yang sering kita lakukan di tempat kerja setiap hari, dikaitkan dengan risiko kesihatan yang serius, berbanding dengan tingkah laku yang lebih aktif.

Masalahnya, bukti juga menunjukkan bukan mudah untuk menggantikan masa duduk dengan masa bersenam.

Anda boleh bersenam selama empat jam sehari, tetapi jika masa selebihnya anda habiskan dengan duduk, anda telah meningkatkan risiko kanser, penyakit jantung dan beberapa keadaan lain yang tidak menyenangkan dan mengancam nyawa.

Kini, ada berita baik. Jika anda tidak boleh bertukar daripada duduk kepada bersenam, penyelidikan baharu mencadangkan penyelesaian yang mudah, iaitu berhenti duduk sejenak pada sepanjang hari.

Jangan Duduk Terlalu Lama

Menurut kajian yang diterbitkan oleh Perubatan & Sains dalam Sukan & Latihan, berjalan lima minit secara berkala mampu mengurangkan aliran darah dalam arteri kaki daripada terjejas, yang boleh membawa kepada penyakit kardiovaskular.

Dalam kajian itu, penambahbaikan dapat dilihat melalui peserta yang berjalan selama lima minit di atas treadmill bagi setiap jam yang dihabiskan oleh mereka untuk duduk.

Anda mungkin tidak mempunyai treadmill di tempat kerja, tetapi sesiapa sahaja yang terlibat dalam bidang pekerjaan yang tidak aktif boleh mencari beberapa minit daripada setiap jam untuk bangun dari kerusi, melakukan regangan dan berjalan kaki sedikit, sama ada sekitar blok di luar pejabat anda atau menaiki tangga.

Sekiranya anda berada dalam bangunan tinggi, berjalanlah dari hujung bangunan dan kembali semula selama beberapa kali.

Darah akan berkumpul dan oksigen tidak akan bergerak ke seluruh badan sekiranya kita asyik duduk sahaja. Waktu bekerja yang panjang selama lapan jam membuatkan badan menjadi letih.

Inilah faktor yang menyebabkan oksigen tidak masuk ke dalam tubuh.

Ambiklah masa untuk berjalan ke tandas atau berlegar-legar sambil menyapa rakan-rakan.

(sumber: InfoKesihatan)

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin