Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Kesihatan > Kandungan

Coklat Gelap Kurangkan Risiko Hidap Barah Pankreas

2016-01-04 17:02:38

Coklat Gelap Kurangkan Risiko Hidap Barah Pankreas

Coklat gelap bukan sahaja membantu meningkatkan metabolisme tubuh, malah makanan yang kaya dengan zat magnesium itu juga didapati mampu membantu merawat kanser pankreas.

Penyelidik dari Indiana University School of Public Health-Bloomington, Amerika Syarikat, Dr. Ka He berkata, pengurangan 100 miligram magnesium sehari dikaitkan dengan risiko menghidap barah pankreas sehingga 24 peratus.

Tambah beliau lagi, kanser pankreas memiliki sifat unik, sekali gus menjadikan kanser tersebut berbeza daripada barah lain. Kadar survival dalam tempoh lima tahun agak rendah. Oleh itu, pencegahan dan usaha mengenal pasti faktor-faktor yang berkaitan dengan penyakit ini sangat penting.

Berdasarkan laporan Institut Kanser Kebangsaan, angka kematian akibat kanser pankreas pada tahun 2002 hingga 2011 meningkat berikutan pengurangan pengambilan magnesium, selain turut dikaitkan dengan masalah kencing manis.

Menurut Ka He, bagi individu yang berisiko lebih tinggi terkena kanser pankreas, mereka digalakkan menambah suplemen magnesium, di samping mendapatkan zat tersebut melalui diet harian bagi mengurangkan risiko kanser.

Kajian yang diterbitkan dalam British Journal of Cancer itu dijalankan berdasarkan analisis data ke atas 66,000 lelaki dan wanita berusia antara 50 hingga 76 tahun.

Kandungan magnesium yang tinggi dalam coklat gelap didapati boleh membantu melawan kanser pankreas.

(sumber daripada Kosmo Malaysia)

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin