Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Kesihatan > Kandungan

Anak Kurang Perhatian Jadi Lembab

2015-12-28 16:27:26

Anak Kurang Perhatian Jadi Lembab

Anak yang ditinggalkan tanpa pengawasan ibu bapa dalam jangka waktu tertentu mengalami perkembangan otak yang lebih perlahan berbanding dengan kanak-kanak yang membesar dengan pemantauan orang tua.

Penyelidikan yang dijalankan Universiti Sichuan, China mendapati, kanak-kanak yang tinggal berjauhan daripada ibu bapa mempunyai jumlah sel kelabu yang lebih luas di dalam otak. Sel tersebut mencerminkan kurangnya perkembangan otak kanak-kanak.

Dalam kajian itu, para penyelidik membandingkan hasil ujian Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) daripada 38 orang responden berumur 7 hingga 13 tahun yang tidak tinggal bersama-sama ibu bapa dengan keputusan MRI sekumpulan 30 kanak-kanak seusia yang tinggal dengan keluarga mereka.

Penyelidik turut membandingkan jumlah sel kelabu dalam otak pada kedua-dua kelompok kanak-kanak tersebut dan mengukur darjah kecerdasan otak (IQ) setiap responden untuk melihat fungsi kognitif mereka.

Hubungan negatif antara kawasan kelabu dengan skor IQ menunjukkan bahawa pertumbuhan anak tanpa perhatian ibu bapa berpotensi untuk merencatkan perkembangan otak mereka.

Sel kelabu, terutamanya dalam rangkaian emosional otak ditemui dalam kalangan kanak-kanak yang tidak tinggal dengan ibu bapa mereka.

Penelitian ini menunjukkan bahawa kurangnya perhatian daripada ibu bapa dapat mengubah perkembangan otak pada anak yang ditinggalkan.

(sumber Kosmo Online)

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin