Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Kesihatan > Kandungan

Makan Sebiji Buah Pear Sehari Bantu Turunkan Berat Badan

2015-12-23 14:13:14

Makan Sebiji Buah Pear Sehari Bantu Turunkan Berat Badan

Kandungan fiber, vitamin C, magnesium dan kalium yang tinggi dalam sebiji buah pear berupaya memberi banyak manfaat kepada tubuh, terutamanya untuk mengurangkan berat badan.

Hasil penyelidikan yang dijalankan oleh Universiti Louisiana AS mendapati, pengambilan sebiji buah pear sehari mampu menurunkan berat badan, sekali gus mencegah seseorang itu daripada diserang masalah obesiti sebanyak 35 peratus.

Melalui kajian, sebiji buah pear bersaiz sederhana mengandungi hampir 24 peratus kandungan fiber yang diperlukan oleh tubuh setiap hari dengan jumlah tenaga sebanyak 100 kalori, selain bebas lemak dan kolesterol.

Makan Sebiji Buah Pear Sehari Bantu Turunkan Berat Badan

Menurut ketua penyelidik, Dr. Carol O'Neil, jumlah kandungan fiber dalam sebiji buah pear sangat membantu seseorang untuk menurunkan berat badan kerana mengandungi jumlah nutrisi yang mencukupi untuk tubuh badan.

Selain bebas lemak dan kolesterol, sebiji buah pear juga mengandungi asid lemak tidak tepu, asid lemak tepu dan jumlah gula semula jadi yang mencukupi.

(sumber Kosmo Malaysia)


Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin