Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Kesihatan > Kandungan

Secawan Kopi Tidak Bahayakan Kandungan

2015-12-01 10:00:03

Secawan Kopi Tidak Bahayakan Kandungan

Kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Ohio, Amerika Syarikat mendapati, wanita hamil yang minum kopi dalam kuantiti sederhana tidak akan membahayakan kandungan mereka.

Pengambilan satu atau dua cawan kopi sehari tidak akan meningkatkan risiko terhadap bayi dalam kandungan mengalami obesiti atau memberikan kesan buruk kepada darjah kecerdasan otak bayi tersebut.

Kajian tersebut menunjukkan kafein tiada kaitan dengan tahap kesihatan anak di dalam kandungan.

Kajian dijalankan ke atas 2,197 orang ibu mengandung yang mengambil bahagian dalam Projek Pranatal Amerika Syarikat.

Namun, ibu-ibu yang mengandung dinasihatkan agar tidak meminum terlalu banyak kopi kerana anak yang bakal lahir dikhuatiri mempunyai berat badan yang kurang dan akan meningkatkan risiko terkena masalah kesihatan yang lain apabila meningkat dewasa.

(sumber Kosmo Online)

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin