Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Kesihatan > Kandungan

Diet Sihat Wanita Hamil

2015-11-10 14:10:26

Kehamilan ialah masa yang paling sesuai untuk seseorang mula menjaga diri dengan baik dari segi fizikal dan juga emosi. Mereka seharusnya memberi diri sendiri peluang terbaik untuk melalui kehamilan bebas daripada masalah dan memperoleh bayi yang sihat jika mengikuti beberapa panduan yang mudah. Secara amnya terdapat beberapa panduan untuk kehamilan yang sihat. Panduan tersebut adalah dengan merancang rawatan antenatal dari awal, makan dengan baik, berhati-hati dengan kebersihan makanan, mengambil tambahan folik asid dan memakan ikan, selalu bersenam, mula lakukan senaman lantai pelvik, tiada pengambilan alkohol, mengurangkan pengambilan kafein, berhenti merokok dan lebihkan berehat.

Wanita hamil tidak perlu "makan untuk dua orang" semasa sedang hamil atau minum susu penuh lemak atau mengambil makanan tambahan yang dipasarkan sebagai susu ibu. Malah, keperluan tenaga mereka tidak berubah dalam tempoh enam bulan pertama kehamilan, dan keperluan ini hanya meningkat sedikit dalam tempoh tiga bulan yang terakhir (sebanyak sekitar 200 kalori sehari). Namun, penting untuk mengambil diet yang sihat dan seimbang. Ramai wanita hilang selera untuk makanan tertentu, tetapi makanan tersebut memang boleh digantikan dengan makanan yang lain yang mengandungi nilai-nilai nutrisi yang sama. Pastikan diet wanita hamil merangkumi banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (sekurang-kurangnya lima hidangan sehari).

Mereka perlu menyediakan sarapan berasaskan karbohidrat seperti roti, pasta dan nasi (sebaik-baiknya jenis bijirin sempurna supaya mereka mendapat serat pada kadar yang banyak). Sertakan juga makanan berprotein seperti ikan, daging, telur, kekacang dan sejumlah susu dan makanan tenusu setiap hari. Selain itu, adalah penting untuk tidak mengabaikan sarapan pagi di samping mengawal saiz hidangan dan pemakanan snek sementara menunggu waktu sarapan. Tambahan diet yang dianggap benar-benar penting ialah asid folik (juga dikenali sebagai asid folat), yang boleh membantu mencegah masalah spina bifida, dan lain-lain kecacatan tiub neural bayi.

Spina bifida adalah penyakit kongenital yang serius. Spina bifida berlaku apabila tiub yang melindungi sistem saraf pusat tidak menutup sepenuhnya dan boleh mengakibatkan ketidakupayaan yang teruk.

Semua wanita yang merancang untuk hamil dinasihatkan supaya mengambil tambahan harian asid folik 400mcg dari masa proses persenyawaan dan sepanjang tiga bulan pertama kehamilan. Mereka juga boleh meningkatkan pengambilan folat semula jadi melalui pemakanan. Folat didapati dalam banyak makanan yang berbeza, terutama sayur-sayuran dan bijirin sarapan yang diperkuatkan dengan vitamin.

Lain-lain nutrien yang penting untuk kesihatan mereka dan bayi dalam kandungan ialah besi dan kalsium, yang pada umumnya diperoleh melalui pemakanan biasa. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa minyak ikan yang mengandungi asid lemak omega-3, mungkin mempunyai kesan yang baik terhadap praeklampsia.

Cadangan semasa mengesyorkan setiap wanita perlu melakukan senaman lantai pelvik tiga kali sehari, sebanyak lapan kontraksi setiap kali. Kurangkan pengambilan kafein. Kopi, teh dan minuman jenis cola adalah perangsang yang sederhana, dan walaupun bukti penyelidikan belum lagi jelas, sesetengah penyelidik berpendapat bahawa terlalu banyak kafein boleh menyumbang kepada risiko mendapat bayi kurang berat badan semasa dilahirkan atau meningkatkan risiko keguguran. Sama seperti alkohol, adalah lebih baik jika lebih berhati-hati. Wanita juga mungkin boleh memilih untuk mengurangkan pengambilan kafein secara signifikan, atau sebaliknya, beralih kepada kopi tanpa kafein, teh, atau jus buah-buahan, terutamanya semasa trimester yang pertama.

Wanita yang merokok meningkatkan risiko keguguran, melahirkan bayi pramatang, kelahiran mati dan kematian kot (cot death). Merokok pada trimester pertama juga meningkatkan sedikit risiko melahirkan anak dengan bibir atau lelangit rekah.

(sumber daripada Utusan Online Malaysia)

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin