Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Kesihatan > Kandungan

Alat Elektronik Ganggu Pertumbuhan Kanak-kanak

2015-10-13 11:29:30

Alat Elektronik Ganggu Pertumbuhan Kanak-kanak

Pada masa ini, penggunaan telefon bimbit dan gadjet dilihat begitu meluas. Daripada orang dewasa sehingga kanak-kanak, masing-masing tidak mahu terlepas daripada telefon bimbit.

Hal ini disebabkan kombinasi gambar bergerak, suara dan paparan interaktif pada telefon bimbit berkenaan mampu membuatkan kanak-kanak berasa ketagih untuk bermain alat elektronik tersebut.

Walau bagaimanapun, ibu bapa sepatutnya melarang keras penggunaan telefon bimbit dalam kalangan kanak-kanak, terutamanya di bawah usia dua tahun.

Kanak-kanak berusia dua tahun ke bawah sepatutnya tidak dibenarkan memegang telefon bimbit kerana pada waktu itu otak kanak-kanak sedang melalui fasa pertumbuhan.

Penggunaan telefon bimbit ini secara tidak langsung akan menyebabkan perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak terbantut.

Keadaan ini terjadi disebabkan kegagalan motor otak untuk berfungsi dan menghantar signal kepada anggota lain dengan baik kerana tiada tindak balas daripada tubuh badan.

Bagi mengelakkan perkara tersebut daripada berlaku, ibu bapa digalakkan memberikan mainan yang mampu merangsang perkembangan otak kanak-kanak dan menghindari penggunaan gadjet.

(sumber Kosmo Online)

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin