Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Kesihatan > Kandungan

Makanan Yang Mengandungi Probiotik

2015-09-24 11:43:47

Adakah anda tertanya-tanya cara untuk mendapatkan lebih banyak probiotik dalam diet anda? Yang berikut adalah beberapa jenis makanan yang mengandungi kultur hidup yang baik untuk diet anda.

Yogurt

Makanan Yang Mengandungi Probiotik

Yogurt adalah sumber probiotik yang paling biasa. Bakteria “baik” seperti lactobasilus atau bifidobacteria mengekalkan keseimbangan yang sihat di dalam usus anda. Kajian menunjukkan bahawa probiotik boleh membantu mengurangkan tak toleransi laktosa. Yogurt juga boleh membantu mengurangkan gas atau angin, cirit-birit dan masalah penghadaman yang lain. Tidak semua yogurt sama. Ada yang dipenuhi dengan sirap dan gula. Anda boleh membayar lebih untuk yogurt pencernaan khas, tetapi apa-apa yang mengandungi “kultur hidup dan aktif” sudah memadai untuk mendapat manfaat probiotik dan kesihatan maksimum. Sila semak label untuk memastikannya.

Sup Miso

Makanan Yang Mengandungi Probiotik

Sup tradisional Jepun yang mengandungi pes kacang soya dan stok “dashi”. Beberapa bahan lain seperti taufu dan sayuran ditambah mengikut pilihan sendiri. Sangat popular di restoran Jepun, contohnya Sushi King. Sup miso rendah kalori dan tinggi probiotik, vitamin B, antioksidan dan protein.

Susu Soya

Soya semula jadi mengandungi beberapa kebaikan probiotik, tetapi produk susu soya terbaharu di pasaran mengandungi kultur hidup sebagai nutrien tambahan. Untuk kepastian, semak label “kultur hidup dan aktif”.

Kefir

Makanan Yang Mengandungi Probiotik

Kefir, minuman yang berasal dari Eropah Timur, pekat, berkrim dan masam seperti yogurt. Boleh dikatakan campuran antara yogurt dengan susu, ataupun smoothie susu. Satu cara yang lazat untuk memasukan probiotik dan vitamin ke dalam badan anda. Minuman susu yogurt, contohnya Nestle Bliss, nampaknya menepati gambaran yang diberikan untuk minuman tersebut.

Jeruk

Makanan Yang Mengandungi Probiotik

Untuk mendapatkan probiotik daripada jeruk, pilih jeruk yang ditapai secara semula jadi, iaitu yang tidak menggunakan cuka dalam proses penjerukan. Larutan garam laut dan air menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dan turut memberikan beberapa manfaat penghadaman. Anda boleh memasukkan jeruk ke dalam sandwich untuk rasa kerangupan.

Tempe

Dibuat daripada kacang soya yang telah melalui proses fermentasi, tempe mengandungi vitamin B12 dan sejenis antibiotik semula jadi untuk melawan bakteria tertentu. Di samping itu, tempe mengandungi protein yang sangat tinggi. Tempe boleh dipanggang, dibakar atau ditumis untuk hidangan yang lazat. Tempe juga boleh diperap dan digunakan sebagai pengganti daging.

Suplemen Probiotik

Di samping boleh diperoleh daripada makanan, probiotik juga boleh dijadikan makanan tambahan atau suplemen dalam bentuk kapsul, tablet, serbuk dan cecair. Walaupun tidak mengandungi nutrisi seperti yang terdapat dalam makanan, suplemen probiotik lebih mudah diambil dan dibawa ke mana-mana. Jika anda sakit atau mempunyai masalah sistem imun, anda mungkin mahu berhati-hati dalam pengambilan probiotik.

Apakah yang Perlu Anda Tahu tentang Kultur Hidup?

Kultur hidup ialah bakteria baik yang membantu mengekalkan persekitaran usus yang baik dan seterusnya membaiki penghadaman dan penyerapan nutrien penting daripada makanan.

(sumber daripada Info Kesihatan)

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin