Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Kesihatan > Kandungan

Susu Ibu adalah Terbaik

2015-08-30 15:23:43

Susu Ibu adalah Terbaik

Setiap ibu pasti mahukan yang terbaik untuk anak mereka bermula dari dalam kandungan sehingga anak mereka remaja dan dewasa. Selepas bersalin sudah pasti ramai ibu lebih cenderung menyusukan bayi mereka sendiri.

Susu pertama yang mengandungi kolostrum menjadi imunisasi yang pertama untuk bayi selain mengeratkan kasih sayang ibu dan anak. Kolostrum adalah susu istimewa yang pekat dan dihasilkan pada beberapa hari pertama kelahiran, berwarna kekuningan atau jernih, mengandungi lebih protein berbanding susu yang dihasilkan kemudian.

Susu Ibu adalah Terbaik

Bayi yang disusukan dengan kerap dapat mengekalkan pengeluaran susu kerana rangsangan sekali gus mengurangkan bengkak payudara. Ibu juga perlu memastikan bayi mendapat susu yang cukup dan ibu tidak perlu mengikut jadual menyusu tetapi susukan bayi bila ada peluang terutama pada waktu malam.

Susu Ibu adalah Terbaik

Kandungan nutrien dalam susu ibu mencukupi untuk pertumbuhan bayi sejak lahir sehingga enam bulan. Penyusuan susu ibu selama enam bulan dapat memastikan penyerapan zat besi yang optimum daripada susu ibu. Pengambilan bahan makanan lain boleh mengurangkan penyerapan nutrien dalam susu ibu seperti zat besi.

(sumber Utusan Online Malaysia)

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin