Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Kesihatan > Kandungan

Ketahui Kebaikan dan Keburukan Durian kepada Kesihatan

2015-08-18 14:22:09

Semua orang tahu akan durian, iaitu raja buah. Selain rupanya yang berduri, keenakan rasa dan aromanya sentiasa menambat selera. Kini, kita tidak perlu lagi menunggu musim durian kerana durian boleh didapati dengan mudah, khususnya di pusat beli-belah. 

Apatah lagi jika musim durian, di mana-mana sahaja terdapat durian, termasuk di tepi jalan dan di taman perumahan. 

Namun, lebih enak sekiranya durian ini di makan terus di kebun. Di Malaysia, harga sekilogram durian ada yang mencecah puluhan ringgit untuk jenis Musang King, D24 dan durian tembaga.

Memang ramai juga yang tidak menggemari bau dan rasanya, tetapi bagi peminat durian, peluang untuk menikmati buah tersebut tidak mungkin ditolak.

Ada pendapat yang menyatakan durian tidak boleh dimakan oleh penghidap kencing manis dan darah tinggi kerana dianggap buah "panas".

Walau bagaimanapun, pendapat tersebut hanya satu pandangan yang tidak berasas apabila pakar pemakanan menyatakan raja buah ini memiliki zat lengkap dan sumber nutrisi untuk badan. Malah, durian adalah antara buah yang kaya dengan khasiat pelbagai jenis vitamin dan mineral seperti vitamin C, B Kompleks, Potassium, kalsium dan juga zat besi.

Oleh itu, tiada halangan kepada pesakit diabetes, darah tinggi atau pesakit lain untuk menikmati buah ini, asalkan pengambilannya berpada-pada bagi mengelakkan kemudaratan kepada kesihatan.

Ketahui Kebaikan dan Keburukan Durian kepada Kesihatan

Kaya Vitamin

Durian kaya dengan vitamin dan mineral. Durian memberikan kalori atau tenaga yang lebih tinggi berbanding dengan buah-buahan lain. Dua ulas durian (saiz sederhana) memberikan 60 kalori. Namun, sekiranya diambil secara berlebihan,  kemungkinan akan menyebabkan berat badan meningkat. Berat badan yang berlebihan meningkatkan risiko penyakit kencing manis dan sakit jantung.

Seperti buah-buahan lain, durian juga mengandungi vitamin C. Lima ulas durian dengan berat sekitar 189 gram mengandungi 9.7 miligram vitamin C, iaitu bersamaan dengan kandungan vitamin C untuk dua biji epal merah bersaiz sederhana.

Ketahui Kebaikan dan Keburukan Durian kepada Kesihatan

Hadkan pengambilan

Bagi pesakit diabetes yang takut untuk menjamah buah lazat ini, sebenarnya durian tidak mengandungi kolesterol. Kolesterol hanya terdapat pada sumber haiwan. Jika seseorang mengambil buah durian, tahap kolesterolnya tidak tinggi, tetapi perlu diingat durian mengandungi kandungan lemak yang tinggi berbanding dengan buah-buahan lain. Jika seseorang makan durian secara berlebihan, maka jumlah pengambilan lemak akan meningkat.

Terdapat pendapat yang menyatakan bahawa durian menyebabkan badan menjadi panas. Hal ini sebenarnya bergantung pada kuantiti pengambilan. Sekiranya diambil dalam kuantiti yang sedikit, pasti tidak akan mendatangkan sebarang masalah.

Metabolisme badan kita akan meningkat semasa proses pencernaan makanan dan proses ini akan menaikkan suhu badan. Durian adalah sumber makanan yang padat dengan kalori. Oleh itu, jika dimakan secara berlebihan, keadaan ini akan menyebabkan suhu badan meningkat dan seseorang itu akan berasa panas.

Minum banyak air kosong bagi membantu mengurangkan panas dan mengawal suhu badan mengikut julat normal.

Ketahui Kebaikan dan Keburukan Durian kepada Kesihatan

Kebaikan durian

Durian boleh membantu mengekalkan kesihatan kulit, sistem imunisasi dan fungsi saraf, selain sebagai pelawas bagi menghindari sembelit. 

Kalori tujuh ulas durian bersamaan dengan semangkuk nasi.

Semua orang bebas untuk menikmati durian. Bagi pesakit diabetes durian adalah sumber karbohidrat. Cuma perlu mengehadkan pengambilannya bagi mengelakkan tahap gula dalam darah tidak naik secara mendadak. Cukup sekadar dua ulas durian (saiz sederhana). Dua ulas ini membekalkan 15 gram karbohidrat, iaitu bersamaan dengan sebiji epal atau sebiji pisang.

Satu hidangan buah-buahan bersamaan dengan dua hingga tiga ulas durian. Maka, seseorang boleh mengambil  lebih kurang empat hingga enam ulas sehari sahaja.

(sumber daripada: http://penpasksgb.blogspot.com)

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin