Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Kesihatan > Kandungan

Senaman, Makanan Perlu Seimbang

2015-07-24 17:18:06

Senaman adalah cara penting untuk menjaga kesihatan dengan baik. Kajian sains membuktikan senaman boleh menurunkan risiko mendapat penyakit kronik seperti jantung, strok, diabetes, darah tinggi dan kanser.

Kajian yang dilaporkan oleh United Kingdom Academy of Medical Royal Colleges menunjukkan, senaman selama 30 minit secara sederhana sebanyak lima kali seminggu boleh mengurangkan risiko penyakit kronik sebanyak 30 peratus.

Bagaimanapun, menurut laporan itu, senaman 30 minit secara sederhana tidak banyak membantu dalam menurunkan berat badan. Sesetengah orang beranggapan apabila bersenam secukupnya, dia boleh makan sesuka hati dan sebanyak yang diinginkan.

Hakikatnya, kajian sains menunjukkan, senaman semata-mata tidak memadai untuk memperoleh kesihatan yang baik. Aktiviti fizikal masyarakat kita sekarang tidak terlalu banyak berubah berbanding masyarakat dulu, tetapi faktor makanan yang tinggi kalori dan makanan proses adalah penyumbang utama kepada masalah berat badan berlebihan.

Aktiviti fizikal tidak mempengaruhi risiko obesiti berbanding pemakanan yang tidak sihat.

Senaman, Makanan Perlu Seimbang

Epidemik obesiti sebenarnya penanda kecil kepada masalah kesihatan lebih besar dalam kalangan masyarakat moden hari ini akibat pemakanan berlebihan dan salah faham mengenai konsep pemakanan sihat.

Masalah kesihatan yang melanda masyarakat kita hari ini berpunca daripada pemakanan salah dan tidak sihat yang menyebabkan penyakit kronik lebih banyak daripada faktor kurang aktiviti fizikal, merokok dan minum alkohol.

Kita hanya selalu mendengar atau melihat promosi kesihatan yang hanya menjurus kepada menjaga 'berat badan' melalui kiraan kalori dan banyak menyalahkan masalah obesiti kepada kurang senaman semata-mata.

Senaman pula terlalu menekankan kaedah 'membakar kalori'. Makanan pula hanya dilihat dari aspek kalori semata-mata tanpa mempertimbangkan indeks glisemik, lemak trans, vitamin, mineral dan anti oksidan.

Pendapat menyatakan seseorang yang bersenam boleh makan karbohidrat dalam kuantiti banyak juga didapati tidak benar.

Makanan ahli sukan yang rendah karbohidrat dan tinggi lemak mampu membekalkan tenaga secukupnya ketika senaman berat.

Jika dilihat dari aspek ini, jelas bahawa masyarakat biasa yang kurang bersenam lebih perlu mengawal pengambilan karbohidrat yang berlebihan, terutama gula dan karbohidrat bergisemik indeks tinggi, dalam pemakanan seharian mereka.

Pemakanan sihat dan betul sangat penting untuk mengawal kadar penyakit diabetes dan masalah obesiti yang membelenggu masyarakat Malaysia sekarang. 

(sumber daripada myMetro Malaysia)

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin