Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Kesihatan > Kandungan

Kurang Tidur Punca Gemuk

2015-07-16 14:33:17

Kurang Tidur Punca Gemuk

Kajian menunjukkan, pengurangan masa tidur normal walaupun hanya 30 minit pada waktu malam mampu menyebabkan pertambahan berat badan selain mengganggu sistem metabolisme seseorang.

Menurut profesor dari Kolej Perubatan Weill Cornell Doha, Qatar, Shahrad Taheri, disebabkan pengurangan waktu tidur, ia secara tidak langsung menyebabkan gangguan metabolisme dalam jangka masa panjang, selain mengundang penyakit diabetes.

Hasil kajian mendapati, mereka yang mempunyai waktu tidur yang tidak teratur cenderung mengalami pertambahan di bahagian lilitan pinggang.

Jelas beliau, dalam kajian selama seminggu yang dijalankan terhadap 522 orang pesakit diabetes juga mendapati, individu yang kurang tidur berisiko 72 peratus diserang obesiti berbanding mereka yang mendapatkan tidur yang mencukupi.

Setelah memantau peserta selama setahun, para penyelidik mendapati bahawa setiap pengurangan 30 minit dari waktu tidur dapat meningkatkan risiko menghidap obesiti sehingga 39 peratus.

(sumber http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0705&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_02.htm)

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin