Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Kesihatan > Kandungan

Fakta dan Tip tentang Rambut

2015-07-08 10:26:57

Fakta dan Tip tentang Rambut

Kadangkala kita akan menghadapi masalah memilih syampu kerana terdapat pelbagai syampu dan tujuan yang berbeza. Oleh itu, mari mengenali syampu dan jenis rambut yang sesuai dengannya.

1. Syampu untuk rambut kering dan rosak: Digunakan untuk rambut keriting, rambut yang diluruskan atau diikalkan dengan bahan kimia, selalu menggunakan pengering rambut dan rambut yang sering terdedah kepada air masin dan klorin.

2. Syampu untuk rambut berminyak : Untuk mereka yang mengalami masalah kulit kepala dan rambut berminyak.

3. Syampu untuk bayi: Sesuai untuk mereka yang aktif dan kerap membersihkan rambut setiap hari.

Masalah biasa pada rambut:

1. Kelemumur

Kelemumur boleh dirawat dengan menggunakan syampu yang mengandungi asid salisilik, zink, tars atau selenium sulfat.

2. Rambut rapuh, pecah atau bercabang

Rambut boleh pecah di bahagian yang lemah sama ada di pangkal, tengah mahupun di bahagian hujung rambut.

3. Rambut gugur

Rambut akan gugur 100 helai sehari dan ada yang tidak akan tumbuh dan ini boleh menyebabkan seseorang menjadi botak.

Botak boleh berlaku dalam keadaan sementara atau kekal. Antara punca rambut gugur termasuklah penggunaan bahan kimia dan suhu yang tinggi semasa mendandan rambut serta masalah perubatan.

Rambut merupakan mahkota setiap wanita mahupun lelaki. Penjagaan rambut yang baik dapat menjamin kesihatan rambut, di samping mengelakkan rambut daripada masalah yang biasa dialami oleh orang lain.

Walaupun rambut sangat rapat dalam kehidupan harian, namun tidak semua mengetahui beberapa fakta menarik yang ada pada rambut.

Tidak kiralah warna rambut hitam, coklat, perang atau putih sekalipun, penjagaan rambut menjadi salah satu perkara penting dalam memastikan penampilan dan gaya seseorang sepanjang hari.

Bagi yang bertudung, kesihatan rambut amat penting dalam memastikan kesegaran rambut pada saat memakai dan membuka tudung setibanya di rumah. Yang berikut adalah fakta menarik mengenai rambut.

Fakta menarik:

1. Manusia mempunyai 100,000 helai rambut.

2. Rambut akan tumbuh 3-4 mm sehari atau 6 inci setahun.

3. Setiap hari 100 helai rambut akan gugur dan digantikan dengan rambut baharu.

4. Rambut sihat akan bersinar.

5. Rambut dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu folikel dan shaft (batang rambut).

6. Bilangan folikel kekal dan akan berkurangan mengikut usia.

7. Rambut mempunyai tiga lapisan keratin dan lapisan luar keratin ialah kulikel.

(sumber daripada Utusan Online Malaysia)

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin