Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Kesihatan > Kandungan

Kalium Dikaitkan dengan Pengurangan Strok dalam Kalangan Wanita

2015-06-25 17:27:01

Kalium Dikaitkan dengan Pengurangan Strok dalam Kalangan Wanita

Menurut satu kajian baharu, makan makanan yang kaya dengan kalium boleh mencegah strok dalam kalangan wanita. Kajian tersebut yang disiarkan dalam jurnal Stroke menyatakan bahawa para penyelidik telah memantau lebih daripada 90,000 wanita menopaus berumur antara 50-79 tahun untuk tempoh purata selama 11 tahun. Pengambilan harian purata kalium adalah tinggi sedikit daripada 2600 mg sehari. Kajian menunjukkan kumpulan terendah makan kurang daripada 1.925 mg setiap hari. Kumpulan yang paling tinggi makan lebih daripada 3194 mg sehari.

Kalium Dikaitkan dengan Pengurangan Strok dalam Kalangan Wanita

Para penyelidik mendapati bahawa wanita yang mengamalkan kalium 10 peratus kurang berkemungkinan untuk mati dalam tempoh kajian, manakala yang 12 peratus kurang berkemungkinan mengalami strok berbanding dengan mereka yang makan kalium paling sedikit. Di samping itu, penyelidik juga mendapati bahawa risiko strok iskemia, jenis strok yang disebabkan saluran darah di dalam otak tersumbat, dapat dikurangkan sebanyak 16 peratus bagi mereka yang makan kalium paling banyak berbanding dengan yang makan paling kurang. Walau bagaimanapun, makan lebih atau kurang kalium tidak memberikan kesan kepada strok pendarahan yang berlaku apabila saluran darah pecah.

Jika anda seorang wanita tua yang sedang mencari jalan untuk mengurangkan risiko strok, pastikan anda makan pisang atau sumber-sumber makanan lain yang secara semula jadi kaya dengan kalium.

(sumber daripada InfoKesihatan Malaysia)

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin