Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Kesihatan > Kandungan

Telur Bantu Tubuh Serap Nutrisi

2015-06-18 15:06:23

Telur Bantu Tubuh Serap Nutrisi

Telur merupakan sumber makanan yang kaya dengan pelbagai khasiat.

Kajian terbaru yang diterbitkan dalam The American Journal of Clinical Nutrition mendapati, hidangan telur dalam salad dapat membantu tubuh menyerap lebih banyak nutrisi daripada sayur-sayuran itu sehingga menjadikan sajian tersebut lebih berkhasiat.

Ketua penyelidik, Profesor Wayne Campbell berkata, lemak dalam kuning telur dapat membantu penyerapan karotenoid dalam salad dengan lebih efektif.

Karotenoid ialah antioksida yang terdapat dalam sayur-sayuran seperti tomato, lobak merah dan daun salad.

Dalam kajian yang dijalankan Universiti Purdue, Amerika Syarikat itu, responden diberikan tiga jenis hidangan salad iaitu salad tanpa telur, salad dengan satu setengah telur hancur dan satu lagi ditambah tiga biji telur hancur.

Dengan menguji darah responden, para penyelidik mendapati, mereka yang mengambil salad dengan telur memiliki karotenoid yang lebih banyak dalam tubuh.

(sumber http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0607&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_02.htm)

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin