Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Kesihatan > Kandungan

Minum Ikut Keperluan

2015-06-11 10:21:43

Semua orang tahu bahawa air merupakan keperluan asas yang diperlukan manusia untuk hidup. Kita sentiasa kehilangan air melalui sistem perkumuhan seperti peluh, air kencing, najis dan juga melalui pernafasan. Kita boleh hidup tanpa makanan selama sebulan, tetapi jika tidak minum selama beberapa hari, kita mungkin berhadapan dengan maut kerana dehidrasi.

Kekurangan air di dalam badan boleh menyebabkan kita mengalami dehidrasi ringan seperti kekurangan air liur, air kencing kurang, warna air kencing yang lebih gelap dan berbau dan jarang-jarang membuang air kecil.

Air manis dan air putih sangat berbeza dan badan hanya memerlukan air putih untuk memastikan fungsi sistem dan organ badan berjalan dengan lancar.

Minum Ikut Keperluan

Bukan sahaja timbul isu kekurangan air putih, ada juga yang mengalami masalah mengambil air putih berlebihan yang boleh memberikan kesan negatif kepada jumlah isipadu darah. Sekiranya isipadu darah meningkat di dalam badan, peningkatan tersebut akan membebankan jantung dan saluran darah.

Oleh sebab itulah pentingnya pendedahan dan pengetahuan tentang sukatan air yang diperlukan di dalam badan, di samping mengamalkan pengambilan air putih yang bersih bebas daripada kuman dan cara untuk memastikan kita mematuhi jumlah air yang sepatutnya diambil setiap hari.

Jika seseorang tidak gemar mengambil air putih dalam kuantiti yang dirasakannya begitu besar, mereka boleh mencari alternatif lain untuk menggantikannya agar badan tetap menerima jumlah air yang sepatutnya.

Buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai kandungan air yang banyak, cukup untuk memenuhi keperluan setiap badan manusia.

Timun dan salad masing-masing mempunyai peratusan tertinggi kandungan air dalam kategori sayur-sayuran, iaitu 96 peratus, manakala buah-buahan seperti strawberi dan tembikai mempunyai 92 peratus air.

Bagi memastikan setiap orang mematuhi jumlah kandungan air yang diperlukan, sukatlah air yang diperlukan pada setiap pagi dan masukkannya ke dalam sebuah bekas simpanan minuman. Sebelum tidur pada malamnya, pastikan anda menghabiskan semua air yang telah disukat. Dengan cara itu,  anda dapat memastikan badan anda mendapat air yang mencukupi pada setiap hari.

(sumber daripada Utusan Malaysia)

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin