Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Kesihatan > Kandungan

Mandi Rangsang Otak Bayi

2015-06-07 15:12:28

Mandi Rangsang Otak Bayi

Rutin memandikan bayi bukan sekadar rutin harian yang dilakukan ibu bapa atau penjaga untuk membersihkan tubuh si kecil. Tanpa disedari, belaian terhadap bayi ketika memandikannya dapat membantu proses perkembangan fizikal dan mental mereka.

Hal ini disebabkan perkembangan otak bayi dicetuskan oleh rangsangan pelbagai deria, iaitu apa-apa yang dirasa, dihidu, didengar, disentuh dan dilihat mereka. Oleh itu, sentuhan, percakapan dan usapan yang diterima bayi ketika dimandikan ternyata waktu yang paling sesuai yang boleh digunakan dalam menjana perkembangan minda mereka.

Pakar Perunding Pediatrik dan Kardiologi Pediatrik, Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri Dr Nomee Ashikin Mohammed Radzi berkata, komponen utama yang akan menentukan keseluruhan aspek pembangunan dalam diri bayi adalah perkembangan kognitif, iaitu proses berfikir.

Perkembangan kognitif bayi perlu dirangsang seawal mungkin berikutan sehingga 85 peratus daripada perkembangan otak mereka dicapai menjelang usia tiga tahun. Pada peringkat ini daya penyerapan kognitif amat tinggi, sistem saraf dan neuron pula berkembang dengan pesat.

Dalam tempoh usia tersebut, bayi mula mengenali sisi sebenar dunia menerusi lima deria mereka, iaitu bau, sentuhan, rasa, dengar dan lihat. Oleh itu, mereka perlu diperkenalkan dengan aktiviti yang merangsang deria berkenaan, sekali gus melatih fungsi perkembangan mental dan fizikal.

Ada beberapa aktiviti yang boleh kita lakukan sendiri untuk membantu merangsang minda bayi dan waktu mandi boleh menjadi saat terbaik untuk mengajar mereka pelbagai kemahiran asas dengan beberapa teknik mudah.

Bermain dengan bayi dan bercakap dengannya ketika waktu mandi adalah cara paling baik untuk merangsang otak bayi kerana mereka banyak belajar daripada persekitaran, terutama melalui interaksi antara anda dengannya.

(sumber http://www.hmetro.com.my/node/54563)

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin