Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Kesihatan > Kandungan

Gigi Ngilu Boleh Dirawat

2015-05-29 17:50:34

Gigi Ngilu Boleh Dirawat

Penjagaan kesihatan gigi sama penting seperti menjaga bahagian anggota tubuh lain. Malangnya, segelintir individu mengabaikan penjagaan gigi kerana menganggap rawatan untuk "barisan mutiara dalam mulut" itu perkara remeh.

Bagi mendapatkan gigi yang sihat dan kuat, penjagaan sewajarnya perlu dilakukan sejak kecil selepas kanak-kanak tumbuh gigi susu. Namun begitu, masih belum terlambat bagi orang dewasa melakukan penjagaan gigi supaya masalah kerosakan dapat dikurangkan.

Sebelum melakukan penjagaan gigi, penting bagi kita memahami gigi sendiri. Gigi terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu korona (bahagian yang mudah dilihat apabila anda membuka mulut), manakala leher dan akar gigi pula tertanam dalam gusi dan tulang rahang.

Struktur binaan gigi terdiri daripada enamel, iaitu lapisan gigi yang paling keras dan terletak di lapisan paling luar sekali serta berwarna putih atau kekuningan.

Gigi sensitif adalah rasa tidak selesa atau sakit seperti ngilu apabila terkena makanan atau minuman panas, sejuk, manis dan masam serta angin dingin.

Gigi mudah bertindak balas dengan pencetus sensitiviti sehingga menyebabkan rasa sakit berikutan lapisan dentin pada gigi terdedah akibat lapisan enamel yang terhakis. Lapisan dentin sebenarnya terdiri daripada ribuan liang halus yang dikenali sebagai tubul dan dalam tubul mengandungi cecair, manakala di pangkal tubul pada lapisan pulpa terdapat sel odontoblas serta saraf.

Kesakitan atau rasa ngilu itu disebabkan pergerakan cecair dalam tubul yang terdedah akibat hakisan enamel pada bahagian luar dentin.

Lapisan dentin terdedah disebabkan kehausan permukaan gigi yang berlaku secara aktif seperti tabiat memberus gigi terlalu kerap dan kasar, di samping penggunaan berus gigi yang tidak sesuai serta tidak disarankan oleh doktor pergigian.

Gigi Ngilu Boleh Dirawat

Selain itu, kebiasaan separa fungsi yang dilakukan ketika tidur seperti mengetap gigi, kerap mengambil makanan dan minuman berasid seperti buah-buahan dan jus masam serta minuman berkarbonat juga boleh menghakis lapisan enamel dan mendedahkan lapisan dentin.

Tabiat pemakanan yang mengurangkan tahap keasidan (pH) mulut mempunyai kesan hakisan yang membawa kepada kehila­ngan mineral sehingga tubul pada dentin terdedah dan menyebabkan gigi sensitif.

Malah, memberus gigi selepas mengambil makanan dan minuman dengan kadar pH rendah juga boleh menghakis enamel dan cementum yang lembut.

Namun demikian, gigi sensitif juga boleh berlaku disebabkan kecederaan gusi akibat memberus gigi terlalu kuat, gigi berlubang, retak dan mengalami penyakit gusi.

Sebelum melakukan rawatan untuk gigi sensitif, doktor akan memeriksa gigi pesakit bagi mengenal pasti punca masalah dan mencadangkan penyelesaian yang bersesuaian bergantung pada tahap kerosakan gigi.

Punca gigi sensitif disebabkan sikap atau amalan pesakit itu sendiri yang dilakukan secara kerap dan menyumbang kepada masalah lapisan enamel yang terhakis. Oleh itu, rawatan untuk gigi sensitif antaranya termasuklah memberikan kaunseling kepada pesakit mengenai kekerapan aktiviti yang dilakukan seperti memberus gigi berkali-kali, tabiat separa fungsi dan gemar mengambil makanan serta minuman dengan nilai pH rendah.

Rawatan awal perlu dilakukan oleh pesakit sendiri di rumah seperti mengubah tabiat buruk yang menyebabkan gigi sensitif seperti mengambil pemakanan sihat, teknik memberus gigi, menukar berus gigi yang sesuai dan menukar ubat gigi yang mempunyai kandungan untuk merawat gigi sensitif.

Kandungan mineral dalam ubat gigi sensitif akan membina lapisan perlindungan pada gigi yang terhakis dan membantu menutup liang tubul yang terdedah, sekali gus tidak berlaku pergerakan cecair yang menyebabkan rasa ngilu.

(sumber daripada myMetro Malaysia)

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin