Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Kesihatan > Kandungan

Berhenti Merokok dengan Lima Langkah Pencegahan

2015-05-13 11:56:19

Kadar perokok dalam kalangan remaja dan golongan belia menunjukkan peningkatan drastik setiap tahun. Bilangan perokok memperlihatkan penambahan disebabkan semakin ramai remaja mula terjebak dengan rokok sejak di bangku sekolah lagi.

Ruangan Kesihatan kali ini ingin mengajak perokok untuk sama-sama mencuba beberapa kaedah bagi mengelak, mencegah dan menghapuskan keinginan merokok. Dengan keazaman yang tinggi, anda pasti mampu melakukannya.


Berhenti Merokok dengan Lima Langkah Pencegahan

Teknik santai dan relaks

Jika sebelum ini tabiat merokok dijadikan cara untuk berdepan dengan tekanan, gantikannya dengan aktiviti relaks dan santai yang mampu memberikan kesan baik terhadap kesihatan. Antara teknik yang boleh membantu termasuklah senaman pernafasan, regangan otot dan amalan berurut serta berlari di taman.

Terapi gantian nikotin

Dapatkan nasihat pakar kesihatan tentang kaedah terapi gantian nikotin untuk membantu mengurangkan ketagihan merokok. Produk-produk seperti semburan hidung nikotin dan ubat-ubatan seperti bupropion (Zyban) dan varenicline boleh didapati di farmasi. Namun, dapatkan saranan doktor terlebih dahulu sebelum mengambil produk-produk tersebut.

Jauhi perkara yang mendatangkan keinginan

Keinginan terhadap tembakau boleh tercetus dalam pelbagai keadaan, persekitaran dan situasi berbeza. Seseorang itu mungkin cenderung untuk merokok ketika berada di dalam kereta, berdepan dengan tekanan atau berada dalam kalangan rakan-rakan yang merokok. Oleh itu, cuba kenal pasti faktor keinginan anda untuk merokok dan cuba gantikannya dengan kaedah yang selamat.

Kunyah gula-gula getah

Amalan mengunyah gula-gula getah terbukti membantu mengurangkan dan mencegah keinginan terhadap rokok. Cuba kunyah gula-gula getah yang tidak mengandungi kandungan gula yang tinggi. Pada masa yang sama, selain gula-gula getah, anda juga boleh mengunyah kekacang seperti badam atau lobak merah mentah.

Dapatkan sokongan secara dalam talian

Dalam dunia teknologi yang semakin maju pada masa kini, perkongsian ilmu dilihat semakin mudah dan pantas. Kita terdedah dengan media sosial yang semakin ramai pengikutnya. Oleh itu, gunakan peluang ini dengan berkongsi maklumat dan pengalaman berhenti daripada merokok. Cuba bertukar-tukar pandangan dan langkah penyelesaian dengan mereka yang berdepan dengan masalah yang sama.

 (sumber dari Utusan Online Malaysia)

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin