Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Kesihatan > Kandungan

Khasiat Teh Hijau kepada Tubuh

2015-04-28 13:02:55

Dalam konteks kesihatan, teh hijau terkenal sebagai sumber minuman semula jadi yang banyak memiliki kebaikan kepada badan. Manfaatnya tidak boleh dipertikaikan dan terbukti menerusi kajian yang dijalankan ahli sains di seluruh dunia.

Telah terbukti bahawa teh hijau sarat dengan kandungan nutrien dan antioksida semula jadi yang dipanggil polifenol. Antioksida ini diperlukan untuk meningkatkan fungsi otak, mengurangkan berat badan dan risiko menghidapi pelbagai jenis kanser.

Kini, teh hijau boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti ekstrak dan kapsul. Pada masa yang sama, penggunaan teh hijau cukup popular dalam industri makanan dan minuman. Oleh hal yang demikian, sumber ini amat mudah didapati dan digunakan dalam skala besar.

Khasiat Teh Hijau kepada Tubuh

Meningkatkan kesihatan mental dan fungsi otak

Teh hijau tidak sekadar mencergaskan otak, malah menjadikan seseorang itu pintar. Hal ini disebabkan teh hijau mengandungi kafein tidak berlebihan yang mampu merangsang sel-sel otak dan menjadikannya lebih aktif.

Khasiat Teh Hijau kepada Tubuh

Meningkatkan kecergasan fizikal

Teh hijau ialah minuman yang membantu proses pembakaran lemak dan pada masa sama meningkatkan kadar metabolisme dalam badan. Hal ini terbukti dalam satu kajian yang dilakukan terhadap 10 orang lelaki yang mana pengambilan teh hijau telah meningkatkan penggunaan tenaga mereka sehingga empat peratus.

Khasiat Teh Hijau kepada Tubuh

Mencegah penyakit kanser

Kanser berlaku apabila terdapat peningkatan sel kanser dalam badan manusia. Penyakit ini merupakan antara penyebab kematian paling tinggi dalam sesebuah negara. Teh hijau sarat dengan antioksida yang mampu memerangi sel kanser. Dengan itu, pengambilan teh hijau dapat mengurangkan risiko kanser payu dara, prostat, kolon dan banyak lagi.

Khasiat Teh Hijau kepada Tubuh

Mencegah pembentukan bakteria pada gusi

Kajian membuktikan katekin yang terdapat pada daun teh hijau mampu membunuh mutan streptokokus, sejenis bakteria yang sering dijumpai pada gusi dan sekitar mulut manusia. Oleh itu, mereka yang meminum teh hijau setiap hari akan memperoleh kesihatan gusi dan mulut berpanjangan serta terhindar daripada masalah nafas berbau.

Melambatkan proses penuaan

Antioksida yang terdapat dalam ekstrak teh hijau mempunyai banyak kebaikan kepada manusia. Selain kesihatan tubuh, teh hijau juga membantu menghasilkan tekstur kulit yang sihat dan cantik. Selain itu, teh hijau mampu melambatkan proses penuaan. Bagi mereka yang mengamalkan minum teh hijau setiap pagi akan menikmati tahap kesihatan yang lebih baik kerana tumbuhan ini juga dapat membuang toksin dalam badan.

(sumber dari Utusan Online Malaysia)

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin