Tiupan angin laut sepoi-sepoi bahasa cukup mendamaikan. Duduk bersantai sambil menikmati keenakan air kelapa muda dengan panorama indah pasti mengujakan. Selain sebagai tempat rekreasi, pantai memberikan lebih banyak manfaat untuk kesihatan berbanding dengan berkunjung ke pusat kesihatan atau pusat hiburan.
1.Sinaran matahari manfaat menghasilkan vitamin D
Jika terlalu terdedah kepada sinaran matahari memang tidak baik untuk kesihatan, tetapi matahari mempunyai kebaikan tersendiri. Ketika kulit terdedah kepada sinaran, tubuh akan menghasilkan vitamin D, iaitu “bahan” yang amat penting dalam penyerapan kalsium dan pembentukan tulang yang kuat. Namun, bagi mengelakkan kulit menjadi gelap, gunakan krim pelindung matahari dengan SPF 15 atau lebih.
2. Kuatkan otot kaki dengan berjalan di atas pasir
Kajian mendapati, berjalan atau berlari di atas pasir memerlukan tenaga yang lebih banyak daripada berjalan di atas permukaan rata. Menurut Martin Zucker, penulis buku “Earthing: The Most Important Health Discovery Ever?”, berjalan tanpa alas kaki dapat menghantar tenaga penting untuk membangkitkan “mood” dari bumi ke tubuh. “Earthing” atau “membumi” menghubungkan kembali tenaga dari bumi yang sudah dilupakan dalam gaya hidup moden.
3. Singkirkan racun daripada tubuh
Air laut mengandungi pelbagai jenis mineral seperti magnesium, potasium dan iodin. Bahan mineral tersebut berfungsi untuk menyembuhkan jangkitan dan menyingkirkan racun dalam badan.
4. Berenang dapat mengurangkan tekanan
Berenang adalah baik untuk kesihatan dan pembentukan otot-otot tubuh. Aktiviti berenang yang dilakukan sekurang-kurangnya dua jam setengah seminggu, dapat mengurangkan risiko penyakit kronik dan meningkatkan kesihatan jantung. Kombinasi air laut dengan berenang membuatkan tubuh bersedia untuk menghadapi pelbagai rintangan.
(sumber: http://www.hmetro.com.my/node/39446)