Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Kesihatan > Kandungan

Vitamin C, Kolagen untuk Kulit

2015-04-15 10:36:11

Vitamin C, Kolagen untuk Kulit

Secara umumnya, pertambahan usia dan gejala penuaan bukan satu jenis penyakit. Perubahan tersebut harus diterima secara positif.

Bagi membantu mengatasi masalah wanita 40-an, pakar kecantikan menyarankan pengambilan vitamin dan kolagen.

Tidak dapat dinafikan vitamin C mungkin merupakan vitamin paling dikenali dan sememangnya layak untuk dihargai kerana fungsinya yang pelbagai kepada kesejahteraan tubuh, termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imunisasi dan membantu penyerapan zink.

Vitamin C, Kolagen untuk Kulit

Ramai yang mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan.

Hasil penyelidikan juga mendapati vitamin C berpotensi untuk mengurangkan tempoh demam selesema dengan menguatkan sistem imun badan. Bagi kebanyakan wanita pula, pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana vitamin C merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen.

Vitamin C atau asid askorbik sangat penting untuk tubuh badan. Vitamin ini bukan sahaja berfungsi sebagai antioksidan utama tetapi juga sebagai antivirus kuat, selain berfungsi sebagai antibakteria dan antikulat.

Vitamin C, Kolagen untuk Kulit

Vitamin C juga merupakan agen antiradang dan antihistamina. Oleh itu, vitamin C sangat berguna untuk melawan alahan dan gangguan radang kronik. Dalam pada itu, vitamin ini membantu sintesis kolagen, pembentukan tulang dan menyahtoksik. Dalam bidang kecantikan, vitamin C popular sebagai agen antipenuaan.

Peningkatan usia seseorang menyebabkan manusia hilang keupayaan menghasilkan vitamin C mereka sendiri.

Keperluan vitamin C masih boleh diperoleh daripada makanan seperti buah limau, buah beri merah, tomato, kentang, brokoli, bunga kubis, kubis Brussel, lada loceng hijau atau merah, kubis dan bayam.

Kolagen ialah sejenis protein dan bekerja dengan keratin untuk menghasilkan kulit yang kuat, licin dan anjal.

Vitamin C, Kolagen untuk Kulit

Semasa muda, anda tidak mempunyai masalah untuk menghasilkan kolagen dalam badan. Oleh sebab itu, kanak-kanak mempunyai rambut berkilat, cantik dan kulit licin. Seperti vitamin C, peningkatan usia menyebabkan badan hilang keupayaan menghasilkan kolagen dan bermulalah episod kulit menjadi kedut, kulit kusam, selain timbul garisan pada wajah.

Kolagen boleh diperoleh daripada produk soya, sayuran hijau gelap, madu manuka dan avokado. Makanan-makanan ini membantu untuk merangsang pembentukan kolagen dalam badan kita. Sementara itu, terdapat juga sumber lain daripada laut seperti ikan.

Serat kolagen berasal daripada protein yang mempunyai tahap asid amino, iaitu hidroksilisina dan hidroksiprolina yang tinggi. Asid-asid amino ini penting untuk pembentukan semua jenis kolagen.

(Sumber dari Utusan Online Malaysia)

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin