1. Makan makanan rendah lemak atau bebas lemak
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, kandungan kalori dalam makanan yang rendah atau bebas lemak adalah sedikit. Namun, makanan tersebut akan menyebabkan seseorang berasa lapar dengan lebih cepat. Tidak semestinya makanan yang mengandungi banyak kalori perlu anda elak seratus peratus.
2. Tidur terlalu sedikit atau banyak
Hasil daripada kajian Wake Forest, seseorang yang tidur kurang daripada 5 jam akan meningkatkan risiko perut buncit sebanyak 2.5 kali ganda. Manakala, seseorang yang tidur melebihi 8 jam pula akan mengalami risiko sebanyak 3 kali ganda. Masalah tidur adalah punca kegemukan yang utama.
3. Minuman bergas
Kajian mendapati, seseorang yang minum 1 atau 2 tin minumun bergas sehari akan terdedah kepada risiko obesiti sebanyak 33 peratus. Penyelidik membuat teori bahawa pemanis tiruan akan meningkatkan lagi selera makan seseorang.
4. Elak waktu makan
Berdasarkan kajian Calorie Control Council, 17% rakyat AS bersetuju bahawa mereka mengelak waktu makan semata-mata untuk kurus. Tetapi tindakan tersebut sebenarnya akan meningkatkan risiko kegemukan. Apabila anda tidak makan, pergerakan metabolisme anda semakin lambat dan akan merangsang anda untuk berasa lapar. Peratus anda makan secara berlebihan pada hidangan seterusnya adalah tinggi.
5. Makan terlalu cepat
Seseorang yang makan dengan cepat biasanya akan makan secara berlebihan. Hal ini disebabkan perut akan mengambil masa sekurang-kurangnya 20 minit untuk memberitahu otak bahawa anda telah mendapatkan makanan yang secukupnya. Hal ini juga merupakan antara punca utama yang masih tidak anda sedari.
(sumber http://kesihatan.info/category/tip-diet/)