Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Kesihatan > Kandungan

Mengapa Perempunan Sentiasa Berasa Letih

2014-11-12 16:43:07

Pakar perubatan memaklumkan, jumlah perempuan yang sentiasa merasa letih adalah 3 kaliganda daripada orang lelaki. kebanyakan perempuan letih berkaitan dengan kekurangan beberapa elemen dalam tubuh badan seperti, besi, alkali, dan vitamin.

Keletihan yang disebabkan kekurangan besi

Kebanyakan orang perempuan menolak makan daging, dan hanya makan sayur-sayuran dan buah-buahan untuk menjaga tubuh yang kurus dan kulit yang halus. Makanan tersebut tidak boleh menyediakan zat besi yang cukup dan senang mengakibatkan tubuh letih. Perempuan mesti makan 100g dagang merah termasuh daging lembu dan dagang biri-biri. Biji tembikai, hazel, biji bijan dan kekacang yang lain mempunyai banyak zat besi, dan amat baik bagi kesihatan.

Keletihan yang disebabkan kekurangan alkali

Ramai perempuan sering rasa letih, kehilangan ingatan, sakit pinggang, nyeri kaki, pening kepala, insomnia, dan sembelit. Namun, mereka tidak dapat mencari alasannya walaupun berjumpa doktor. Kebanyakan keadaaan tersebut diakibatkan cara hidup yang tidak baik. Jika mahu mengubah, pertama banyak bersenam, dan makan lebih banyak makanan yang mengandungi alkali, seperti ganggang laut, lobak, tahu, kacang merah, kacang soya, epal, bawang, tomato, bayam, dan pisang.

Keletihan yang disebabkan kekurangan vitamin

Manusia sering rasa letih jika kekurangan vitamin B1. Maka makan banyak makanan yang mengandungi vitamin B1 dapat menghilangkan keletihan, seperti makan organ haiwan, daging, cendawan, ragi, dan bawang hijau. Kekurangan vitamin B2 juga senang mengakibatkan rasa keletihan. Makanan yang mengandungi banyak vitamin B2ialah telur, susu, kacang polong, kacang buncis besar, kacang tanah, rumput laut, dan ragi.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin