Tahukah anda, kebanyakan tikar Yoga di kelab riadah tidak dibersihkan mengikut masa yang ditetapkan?
Tikar Yoga yang tidak bersih akan menjadi tempat pembiakan pelbagai jenis kuman yang boleh mengakibatkan penyakit berjangkit, antaranya penyakit kulit.
Jadi, lebih baik kita menggunakan tikar Yoga sendiri sewaktu beriadah dan selalu membersihkannya. Cara yang paling mudah untuk membersihkannya adalah dengan menjemur dan menganginkan.
Sekiranya terpaksa menggunakan tikar yang disediakan di kelab riadah, lebih baik mandi setelah berlatih Yoga untuk terus membasmi kuman yang melekat pada badan kita.