Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Kesihatan > Kandungan

10 Punca Wanita Cepat Tua

2014-11-03 08:53:08

(1) Sedih, Risau dan Murung

Sekiranya kita selalu sedih, risau dan murung, kulit kita akan cepat berkedut. Jadi, untuk mengekalkan keremajaan, selalulah bergembira!

(2) Tidur Lewat

Sel kulit pulih ketika kita tidur. Jadi, kita mesti tidur sekurang-kurangnya 8 jam setiap hari untuk mengekalkan dinamik sel kulit.

(3) Selalu Terdedah kepada Sinar Matahari

Kulit kita akan menjadi gelap dan kasar sekiranya selalu terdedah kepada pancaran matahari yang kuat. Jadi, ketika keluar kita hendaklah selalu menggunakan krim pelindung matahari.


(4) Merokok dan Minum Arak

Kita kelihatan 10 tahun lebih tua daripada orang yang sebaya dengan kita sekiranya kita selalu merokok. Minyak dalam kulit juga akan berkurang sehingga menyebabkan kekeringan sekiranya kita minum arak.

(5) Selalu Mengerutkan Muka

Kulit kita akan cepat berkedut sekiranya kita selalu mengecilkan mata, mengerut dahi atau ketawa terbahak-bahak.

(6) Kurang Minum Air

Air amat penting bagi kesihatan kita. Untuk memenuhi keperluan air bagi kulit kita, kita mesti minum sekurang-kurangnya 6 atau 8 gelas air kosong setiap hari.

(7) Kurang Bersenam  

Darah akan beredar dengan baik ke seluruh badan, sekiranya kita selalu bersenam. Tambahan lagi, kita akan berpeluh ketika kita bersenam, dan ini akan mengekalkan kesihatan kulit kita.


(8) Kulit Tidak Dibersihkan Betul-betul

Kulit kita sukar bernafas sekiranya liangnya tersumbat oleh kotoran seperti bahan mekap atau habuk.

(9) Menggunakan Produk Penjaga Kulit yang Tidak Sesuai  

Adakah anda mengenali kulit anda 100%? Hanya dengan mengetahui keadaan kulit sendiri sepenuhnya, barulah boleh memilih produk penjagaan kulit yang sesuai.

(10) Makan Makanan Pedas dan Bergoreng Terlalu Banyak  

Makanan yang pedas dan berminyak akan menjejaskan keseimbangan endokrin kulit. Jadi, lebih elok kita kurangkan makan makanan yang pedas dan bergoreng, dan makanlah buah-buahan dan sayur yang mengandungi vitamin.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin