Umum mengetahui secangkir teh dapat meningkatkan metabolisme tubuh seseorang selain melancarkan proses penurunan berat badan.Bagaimanapun, rasa teh yang kelat dan sedikit pahit menyebabkan individu sering menambahkan bahan perasa untuk menyedapkan minuman tersebut.
Kajian terbaharu mendapati, pencemaran udara menyumbang kepada 10 peratus peningkatan kes barah.Penyelidik di Universiti Illinois, Amerika Syarikat percaya, pencemaran udara menyebabkan pertambahan 451 kes daripada 100,000 orang iaitu bersamaan dengan 28,600 pesakit kanser di Britain sejak empat tahun lalu.
Selain dijadikan baja kompos, kulit telur juga mempunyai kebaikan pada kesihatan jika dimakan.Menurut laporan Business Insider, sebanyak 150,000 tan kulit telur dibuang setiap tahun di Amerika Syarikat (AS), sehingga memaksa penyelidik menjalankan kajian untuk mengetahui manfaat kebaikan kulit telur.
Usus manusia membabitkan kawasan yang merangkumi usus kecil bermula dari pangkal yang bersambung dari perut, menjadi usus besar hinggalah ke lubang dubur.Kanser boleh tercetus di mana-mana sepanjang saluran itu.
Aktiviti berbasikal merupakan satu cara yang murah, selamat dan efektif untuk melangsingkan tubuh berbanding pil-pil diet dan latihan di gim yang tidak mampu memberikan kesan yang diharap-harapkan. Selain itu berbasikal juga dapat memperbaiki tahap kesihatan diri. Aktiviti ini menyeronokkan dan mampu mengeratkan ikatan kekeluargaan jika dilaksanakan secara beramai-ramai bersama-sama keluarga dan sahabat handai. Aktiviti berbasikal juga mampu mengurangkan kos pengangkutan bagi mereka yang ingin berjimat.
Wanita yang dilamun cinta lebih mudah mengingati sesuatu perkara jika dibandingkan dengan wanita yang tidak mempunyai kekasih.Kajian terbaharu yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik daripada Universiti Abertay, Dundee, Scotland mendapati, wanita yang mempunyai kekasih atau sedang dilamun cinta memiliki daya ingatan lebih baik jika dibandingkan dengan wanita tidak mempunyai kekasih.
Menangis tatkala menonton drama di kaca televisyen mahu pun panggung wayang dianggap sebagai satu perkara yang memalukan. Lebih-lebih lagi jika kelakuan tersebut disedari oleh orang sekeliling.
Tabiat mewarnakan rambut secara kerap mungkin meningkatkan risiko menghidap kanser payudara dalam kalangan wanita sehingga 23 peratus.Kajian yang dijalankan University of Helsinki, Finland itu mendapati, karsinogen dalam pewarna rambut boleh bertindak balas dengan pelbagai bahan pencemar dalam udara untuk membentuk tumor.
Sebut sahaja peria , pastinya ramai yang membayangkan kepahitannya. Bak kata orang tua yang pahit itulah ubat. Peria atau nama saintifiknya Momordica charantia diakui sejak zaman dahulu lagi akan khasiatnya dalam perubatan tradisional berasaskan herba.
Tabiat pengambilan makanan yang mengandungi minyak ikan seperti ikan kembung, salmon dan pilchards didapati mampu meningkatkan sistem imunisasi tubuh.Dalam satu kajian yang dijalankan penyelidik dari Liverpool John Moores University, England mendapati, pengambilan hidangan mengandungi minyak ikan dua kali seminggu mampu meningkatkan ketahanan tubuh.
Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.