Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Makanan > Kandungan

Sawi Putih Digoreng Sos Cuka

2017-04-12 11:47:58

Sawi putih digoreng sos cuka merupakan masakan yang dapat membantu membuka selera anda, di samping merangsang rembesan perut dan menggalakkan pencernaan serta meredakan masalah gastrousus, seperti sakit perut akibat berdiet tidak mengikut peraturan yang ditetapkan.

Bahan mentah:

Sawi putih (300 gram)

Bahan perisa:

Minyak salad (30 gram), minyak bijan, lada Cina, garam, kicap, cuka, gula, kanji.

Cara memasak: 

1. Potong sawi putih kepada kepingan, menggunakan gula, cuka, kicap, garam dan campur dengan kanji untuk membuat sos perap.

2. Masukkan minyak dalam kuali, kemudian letak beberapa buah lada Cina untuk digoreng sekejap, lalu mengambilnya daripada kuali.

3. Letakkan kepingan batang sawi putih ke dalam kuali untuk digoreng dalam beberapa minit sehingga dimasak.

4. Letakkan kepingan daun sawi putih ke dalam kuali untuk digoreng bersama dengan kepingan batangnya selama 2-3 minit.

5. Curahkan sos perap atas sawi putih yang telah masak, dan goreng sekejap hingga boleh dijadikan hidangan. 

Cuka digunakan sebagai salah satu perisa utama sepanjang proses memasak resipi ini.

Tips:

Ia bukan sahaja dapat mengurangkan kehilangan vitamin C dalam proses memasakkan bahan makanan, malah juga membantu pelarutan kalsium agar mudah diasimilasi oleh badan kita.

Cuka paling baik makan bersama dengan aloe vera, manakala tidak sesuai makan bersama dengan susu dan daging kamping.


Anda mungkin berminat

Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
Galeri:
China Dunia Hiburan Sukan
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin