Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Makanan > Kandungan

Khasiat Kuaci Biji Labu dan Kuaci Biji Bunga Matahari

2017-02-28 11:32:36

Khasiat Kuaci Biji Labu

Khasiat Kuaci Biji Labu dan Kuaci Biji Bunga Matahari

Kuaci biji labu mengandungi asid lemak tak tepu, beta-karotena, peroksida dan enzim yang berfungsi melancarkan peredaran darah ke otak.

Kuaci biji labu, yang juga kaya dengan asid lemak, boleh mengekalkan kesihatan prostat kerana fungsi prostat untuk merembes hormon bergantung kepada asid lemak.

Kuaci biji labu tidak sesuai untuk dimakan dengan kopi dan teh kerana dikhuatiri akan menganggu penyerapan zat besi dalam tubuh badan kita.

Kuaci biji labu paling baik dimakan bersama-sama dengan kacang tanah. 

Gandingan kedua-dua makanan tersebut berupaya membaiki kedutan pada kulit muka, di samping merawat muka yang kelihatan kurang berseri akibat kekurangan khasiat.

Manfaat Kuaci Biji Bunga Matahari untuk Kesihatan

Khasiat Kuaci Biji Labu dan Kuaci Biji Bunga Matahari

Menurut kajian, kuaci biji bunga matahari mampu mencegah dan merawat penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan aterosklerosis serta penyakit kardiovaskular yang lain.

Kuaci biji bunga matahari boleh dimakan dengan saderi (seladeri). 

Makan segenggam kuaci biji bunga matahari dan minum separuh cawan jus saderi selama sebulan secara berturut-turut amat baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi.

Selain itu, kuaci biji bunga matahari tidak boleh dimakan bersama-sama dengan timun.

Makan sejumlah kecil kuaci biji bunga matahari sebelum tidur bermanfaat bagi pencernaan dan membolehkan anda tidur lena.

Kuaci biji bunga matahari yang kaya dengan Conjugated Linoleic Acid (CLA) juga mampu menjadikan kulit anda lebih halus dan lembut, selain mencegah kulit kering dan kusam.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin