Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Makanan > Kandungan

Khasiat Buah Berangan

2017-01-17 10:05:01

Khasiat Buah Berangan

Buah berangan kaya dengan vitamin B, C, protein, serat dan mineral potassium, magnesium dan phosphorus, di samping tidak mengandungi kolesterol dan rendah kalori.

Buah berangan yang baru dimasak berbau harum, rangup di luar dan lembut serta rasa lemak di dalam.

Buah berangan goreng adalah makanan yang sangat popular di negara China, terutamanya pada musim sejuk kerana boleh membantu untuk memanaskan badan serta meningkatkan kesihatan sendi.

Selain itu, buah berangan goreng juga rendah lemak dan tinggi kandungan karbohidrat kompleks.

Buah Berangan biasanya dimasak dengan cara membakar.

Setelah dimasak, teksturnya sama seperti kentang bakar, lebih lembut, manis dan berperisa kacang.

Kaedah penyediaan ini popular di utara China, yang mana buah berangan dimasak di dalam besen yang mengandungi batu arang panas.

Buah berangan lebih baik dimakan dengan ayam dan kurma, manakala tidak sesuai dimakan dengan daging.

Resipi: Sawi putih goreng dengan buah berangan

Bahan: 250 gram sawi putih, 50 gram buah berangan, halia, sup ayam, garam, kanji, kicap, gula,minyak masak, minyak bijan, MSG.

Cara Memasak: 1. Bersihkan sawi putih dan potong sederhana besar. Belah dua buah berangan, kemudian masukkannya ke dalam air panas. Biarkan seketika dan buangkan kulitnya. 2. Masukkan sawi putih ke dalam minyak masak yang panas dan goreng hingga masak. Selepas itu, bubuh buah berangan. 3. Masukkan minyak masak ke dalam periuk, kemudian masukkan hirisan halia, kicap, sup ayam, garam, gula dan MSG secukup rasa.

Masukkan sawi putih dan buah berangan, gaul hingga sebati. Sebelum dihidangkan, tambah sedikit kanji dan minyak bijan.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin