Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Makanan > Kandungan

Ketam Goreng Pedas

2016-12-15 11:28:30

Ketam Goreng Pedas

Ketam Eriocheir amat digemari di China. Habitat ketam itu bukan di laut, tetapi di tasik dan di kolam, terutamanya di Sungai Yangtze yang mempunyai jumlah pembiakan terbesar, selain rasa ketam yang sangat sedap dan segar.

 Ketam Eriocheir China mengandungi lebih banyak vitamin A dan bermanfaat untuk merawat keratosis kulit, di samping berfungsi sebagai kalsium tambahan kepada warga emas yang menghidap osteoporosis.

 Pada pertengahan bulan September hingga Disember dalam kalendar lunar China adalah musim terbaik untuk menikmati keenakan ketam.  

Waktu terbaik untuk makan ketam jantan adalah pada bulan September dan ketam betina biasanya pada bulan Oktober. 

Semua cara memasak sama ada mengukus, merebus atau menggoreng adalah baik dalam tempoh tersebut. 

Ketam Goreng Pedas

Bahan:

Ketam Eriocheir China 2 atau 3 ekor, halia 5 gram, bawang putih 6 biji, cili hijau 2 batang, sos cili, lada hitam, garam, kanji, kicap, sos tiram dan cuka.

Cara memasak:

1. Gosok ketam dengan berus gigi dan basuh dengan air yang mengalir sehingga ketam bersih.

2. Potong setiap ketam kepada empat bahagian. Kemudian, letakkan semua ketam di dalam mangkuk, bubuh sedikit garam dan lada hitam. Perap ketam selama lima minit.

3. Hiris cili hijau, halia dan bawang putih, masukkan ke dalam mangkuk kecil. Bubuh sos cili mengikut cita rasa anda, kicap, sos tiram dan cuka. Gaul semua ramuan tersebut yang akan digunakan untuk membuat sos (kuah).

4. Tabur kanji di atas ketam yang telah diperap, letakkan minyak masak dalam kuali dan panaskan. Kemudian, goreng ketam hingga warnanya kuning keemasan.

5. Keluarkan ketam dari kuali, dan masukkan pula ramuan untuk membuat sos. 

6. Setelah naik bau, masukkan ketam, gaul hingga sebati dengan api sederhana. Akhir sekali, bubuh cili hijau mengikut kesesuaian sebelum dihidangkan.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin