Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Makanan > Kandungan

Khasiat Buah Hawthorn

2016-10-25 10:11:50

Khasiat Buah Hawthorn

Buah hawthorn memiliki banyak kandungan yang bermanfaat untuk membakar lemak, melancarkan pencernaan dan meningkatkan kekebalan tubuh, antaranya termasuklah antioksidan, flavonoid, asid kafeik, triterpenoid, amigdalin, kuersetin 3-galaktosida, dan lain-lain.

Oleh itu, buah ini dipercayai dapat membantu melangsingkan badan.

Selain bermanfaat bagi membaiki dan melancarkan sistem pencernaan, hawthorn juga didapati boleh meredakan angina, iaitu nyeri di bahagian dada.

Satu kajian terhadap 60 pesakit angina menunjukkan bahawa selepas diberi 180mg ekstrak hawthorn atau plasebo setiap hari selama tiga minggu, tahap aliran darah ke jantung mereka kembali normal dan mereka tidak lagi menderita nyeri dada.

Antara manfaat yang lain termasuklah menurunkan kolesterol tinggi, mengurangkan perut kembung, menghalang penyerapan lemak pada usus dan menghilangkan racun yang berbahaya pada tubuh.

Resipi: Sate Buah Bersira

Bahan: buah-buahan segar seperti hawthron, strawberi dan anggur, gula atau madu.

Cara Memasak:

1. Pilih hawthorn yang segar dan sama besar.

2. Keluarkan bijinya yang keras dan cucuk kira-kira sepuluh biji hawthron pada sebatang lidi.

3. Masak gula dengan sedikit air sehingga likat.

4. Letak "sate" hawthorn pada cairan gula dan putar lidi sate tersebut perlahan-lahan agar semua buah hawthorn bersalut dengan gula.

5. Tunggu hingga gula keras sebelum hendak mencubanya.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin