Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Makanan > Kandungan

Khasiat dan Kebaikan Buah Pisang

2016-09-21 10:37:04

Khasiat dan Kebaikan Buah Pisang

Pisang kaya dengan vitamin, galian, gula yang menyihatkan dan karbohidrat untuk tenaga, selain rasanya yang enak.

Selain itu, pisang juga mengandungi vitamin C, yang membantu sistem imunisasi dan menggalakkan kulit yang sihat dan menawan.

Buah dan kulit pisang sering digunakan untuk rawatan kecantikan, terutamanya bagi menegangkan serta melembapkan kulit muka yang boleh menjadikan wajah lebih berseri.

Protein dalam pisang yang dikenali sebagai triptofan boleh ditukar kepada serotonin oleh badan manusia.

Serotonin adalah sejenis bahan yang mampu menghasilkan perasaan tenang, membangkitkan semangat dan menimbulkan kegembiraan.

Jika anda berasa sedih atau kecewa, cubalah menikmati keenakan pisang!

Kita sering mengalami masalah perut tidak selesa apabila bangun pagi akibat makan yang banyak sebelum tidur.

Beberapa hirisan pisang atau pun segelas jus pisang mampu meredakan rasa ketidakselesaan perut.

Apabila menghadapi tekanan, kadar metabolik dalam badan akan meningkat, sebaliknya paras kalium akan menurun.

Pisang yang mengandungi kalium tinggi mampu membantu mengembalikan kadar kalium dalam badan kepada paras normal, di samping merangsang fungsi otak.

Hasil penyelidikan mendapati, kalium mampu membantu seseorang menjadi lebih peka dan berhati-hati.

Khasiat dan Kebaikan Buah Pisang

Resipi Mufin Pisang Gebu

Bahan-Bahan:

1½ cawan tepung, ¾ cawan gula (190 gram), 1 biji telur, 1 sudu kecil serbuk penaik, ¼ sudu kecil soda penaik, 3 biji pisang (saiz besar), 1/3 cawan mentega (80 gram), ½ sudu kecil garam, 1 sudu kecil esen vanila

Cara Menyediakan:

1. Panaskan oven pada suhu 175 darjah Celsius.

2. Ayak tepung, soda penaik, serbuk penaik dan garam.

3. Masukkan telur, gula, esen vanila, pisang dan mentega yang telah dicairkan ke dalam sebuah mangkuk besar.

4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi sebati.

5. Bubuh adunan ke dalam acuan mufin dengan menggunakan sudu.

6. Bakar selama 15 hingga 20 minit.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin