Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Makanan > Kandungan

Khasiat Buah Kiwi

2016-09-09 18:24:36

Khasiat Buah Kiwi

Buah kiwi sangat baik untuk kesihatan kita kerana sebiji buah kiwi mengandungi vitamin C sebanyak 1,089 mg. 

Buah kiwi juga mengandungi dua kali ganda vitamin E berbanding avokado. 

Khasiat buah kiwi tersebut perlu dimanfaatkan, terutamanya bagi mereka yang mementingkan kesihatan.   Untuk mendapatkan khasiat buah kiwi itu, anda perlu mengamalkan pemakanan buah kiwi mentah dalam diet harian, sama ada dicampurkan dalam hidangan atau dimakan terus dengan kulitnya. 

Selain vitamin C, buah kiwi juga kaya dengan potassium, zink dan folat yang sangat bermanfaat untuk kesihatan tubuh badan.   Vitamin E yang terkandung dalam buah kiwi juga sangat baik untuk kesihatan dan keremajaan kulit.

Selain itu, buah kiwi juga mampu mencegah pengumpulan plak-plak berlemak pada dinding arteri, sekali gus membantu meningkatkan kesihatan sistem kardiovaskular.   Sumber antioksidan yang tinggi dalam buah kiwi dipercayai mampu melawan penyakit kanser kerana buah tersebut memiliki flavonoid, nabati dan karotenoid.   Manakala, sumber lutein yang terdapat dalam buah kiwi pula dapat mencegah penyakit katarak dan menjaga kesihatan mata, di samping melindungi kita daripada serangan asma, sesak nafas serta batuk pada kanak-kanak.   Yogurt Buah Kiwi Yogurt buah kiwi  yang menyediakan pelbagai khasiat kepada tubuh badan, dapat menggalakkan kesihatan usus dan membantu pembiakan probiotik di dalam usus bagi mengatasi masalah sembelit.


Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin