Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Makanan > Kandungan

Khasiat Buah Pear

2016-08-24 16:51:03

Khasiat Buah Pear

Buah pear yang manis, dingin dan segar memang disukai ramai, apatah lagi apabila dimakan ketika cuaca panas.

Yang berikut ini adalah beberapa khasiat buah pear untuk kesihatan kita.

Kandungan serat yang banyak dalam buah pear akan mengurangkan kadar kolesterol dalam tubuh sehingga mengurangkan risiko terjadinya penyakit jantung dan strok.

Kandungan seratnya pun sangat baik untuk sistem pencernaan hingga mampu menghindarkan anda daripada sembelit.

Tingginya kandungan antioksidan dalam buah pear seperti vitamin C, A dan kandungan zink akan membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh untuk melawan pelbagai penyakit.

Buah pear kaya dengan zat boron yang memudahkan penyerapan kalsium.

Walaupun rasa buahnya manis, namun buah ini memiliki indeks gliserin yang rendah serta kandungan serat yang tinggi mampu membantu pengendalian kadar gula dalam darah.

Kandungan antioksidan yang tinggi dalam buah pear juga bertindak melawan serangan radikal bebas penyebab kulit kusam.

Resipi: Manisan Buah Pear

Bahan-bahan: Dua biji pear, gula batu secukupnya

Cara memasak:

1. Bersihkan pear, buang kulit dan potong kecil-kecil.

2. Masak potongan pear dengan air secukupnya dalam periuk, biarkan hingga mendidih. Selepas itu, masukkan gula batu dan masak selama 30 minit.

3. Padamkan api, sedia untuk dihidangkan.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin