Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Makanan > Kandungan

Khasiat Buah Limau Mandarin

2016-07-28 16:15:23

Khasiat Buah Limau Mandarin

Limau mandarin kaya dengan vitamin C yang dikatakan mampu melindungi tubuh daripada serangan kanser, merangsang pengaliran darah serta menyembuhkan luka bahagian dalaman dan luaran dengan lebih cepat.

Nilai kalsium yang tinggi pula menguatkan gigi dan mujarab bagi meningkatkan ketahanan badan, terutamanya tulang dari ancaman osteoporosis.

Selain sebagai sumber vitamin C, buah limau juga merupakan sumber asid folik. Sebiji buah limau dapat memenuhi 20 peratus daripada keperluan asid folik setiap hari. Kadar pengambilan makanan dengan kandungan asid folik yang tinggi seperti buah limau segar atau dalam bentuk jus mampu meningkatkan kadar asid folik.

Vitamin B pula merupakan sumber utama bagi mencegah kecacatan bayi dalam kandungan dan melawan penyakit jantung. Pektin, serat tinggi yang larut dalam air, telah dibuktikan mampu menahan rasa lapar, di samping dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam darah.

Jus limau mandarin dikatakan berupaya mengubati asma, tuberkulosis, demam, penyakit bronkitis dengan merangsang larutan bergaram dalam paru-paru untuk melegakan dan mengeluarkan kahak berlebihan serta melindungi paru-paru daripada dijangkiti virus semula.

Karbohidrat yang terdapat dalam buah limau merupakan karbohidrat sederhana, iaitu fruktosa, glukosa dan sukrosa. Kandungan gula dalam buah ini akan bertambah apabila buahnya semakin tua, namun kemasamannya pula semakin berkurangan. Buah yang mendapat sinaran matahari yang mencukupi akan mengandungi gula dan vitamin C yang lebih banyak.

Limau mandarin yang tergolong dalam buah-buahan sitrus amat baik untuk kesihatan jantung, penglihatan serta mengurangkan risiko penyakit kanser, selain memiliki kelebihan sebagai antioksidan, membantu mengawal tekanan darah, mengurangkan risiko penyakit strok dalam kalangan wanita serta membantu perkembangan otak janin.

Resipi: Manisan Buah-buahan

Bahan-bahan: limau mandarin, epal, pear dan pisang (setiap satunya hanya sebiji), gula pasir dan kanji secukupnya

Cara memasak:

1. Bersihkan limau mandarin, epal, pear dan pisang dengan membuang kulit dan potong kecil-kecil.

2. Masak potongan epal dan pear dengan air secukupnya dalam periuk, biarkan hingga mendidih. Selepas kira-kira lima minit, masukkan potongan limau mandarin dan pisang.

3. Masukkan sedikit demi sedikit kanji sambil mengacau ramuan tersebut tanpa henti hingga pekat.

4. Sebelum dihidangkan, bubuh gula secukup rasa.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin