Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Makanan > Kandungan

Telur Ayam

2016-07-05 15:09:12

Telur Ayam

Telur ayam merupakan salah satu makanan semula jadi yang mempunyai khasiat yang amat tinggi dalam kehidupan manusia. Telur ayam kaya dengan bahan mineral seperti kalsium, fosfor dan zat besi. Selain itu, telur ayam juga merupakan salah satu sumber protein yang baik dan mempunyai lapan jenis asid amino yang diperlukan tubuh badan manusia.

Telur ayam digunakan secara meluas untuk pelbagai hidangan. Telur boleh dijeruk, direbus, digoreng, atau dimakan secara mentah walaupun cara ini tidak disyorkan untuk mereka yang mudah terjejas oleh salmonela, umpamanya orang tua, orang uzur, dan wanita yang mengandung. Selain itu, hanya 51% daripada protein telur mentah boleh diserap, berbanding dengan telur masak yang 91% dapat diserap. Dengan kata yang lain, penyerapan protein telur masak adalah hampir dua kali ganda berbanding dengan telur mentah.

Resipi telur goreng dengan lada hijau

Bahan: 150 gram lada hijau, tiga biji telur ayam, minyak masak, garam, serbuk perasa, cuka dan bawang hijau.

Cara Memasak:

1. Bersihkan lada hijau. Buangkan inti dan hiris.

2. Kacau telur dalam mangkuk.

3. Panaskan minyak masak dalam kuali, lalu masukkan telur dan goreng hingga masak. Keluarkan telur.

4. Masukkan sedikit minyak masak dalam kuali dan panaskan, masukkan hirisan lada hijau. Apabila lada hijau hampir masak, masukkan bawang hijau dan telur goreng, tambah garam, serbuk perasa dan sedikit cuka. Gaul rata bahan-bahan tersebut sebelum dihidangkan.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin