Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Makanan > Kandungan

Khasiat Telur Itik

2016-06-30 17:29:45

Ketika berbicara tentang manfaat telur itik yang dikaitkan dengan kesihatan tubuh manusia, didapati sebiji telur itik memiliki 9 gram protein yang mampu memenuhi 18 peratus protein yang diperlukan tubuh manusia setiap hari untuk membaiki dan memelihara sel-sel dalam tubuh, terutamanya setelah kita berolahraga.

Telur itik mengandungi Vitamin A yang cukup tinggi, iaitu sekitar 472 IU vitamin A, yang mampu memenuhi 9.4 peratus yang diperlukan, selain amat baik untuk kesihatan mata, tulang dan gigi serta membantu menguatkan sistem imuniti.

Dalam sebiji telur itik juga terdapat 0.9 mg vitamin E, yang mewakili 3 peratus daripada keperluan seharian tubuh badan yang dapat memelihara sistem pencernaan dan metabolisme serta berperanan sebagai antioksidan terhadap penyakit.

Selain itu, kandungan mineral seperti fosfor, kalsium, kalium dan zat besi merupakan sumber yang ideal bagi tubuh kita.

Dengan harga yang lebih murah daripada daging atau susu, makin ramai memilih telur itik untuk memenuhi keperluan protein sehari-hari. Selain itu, telur itik mentah juga biasa dibuat telur asin.

Khasiat Telur Itik

Resipi: Labu Goreng dengan Kuning Telur

Bahan-bahan: 500 gram labu, tiga hingga lima biji kuning telur itik asin, minyak masak, garam, serbuk perasa

Cara memasak:

1. Buang kulit labu dan cuci bersih. Potong labu menjadi potongan kecil.

2. Lenyek kuning telur asin hingga lumat.

3. Panaskan minyak dalam kuali, goreng kuning telur yang telah lumat tadi, lalu masukkan potongan labu dan goreng hingga masak.

4. Tambah garam secukup rasa dan serbuk perasa sebelum dihidangkan.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin