Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Makanan > Kandungan

Khasiat Kacang Soya

2016-06-02 11:02:45

Khasiat Kacang Soya

Kacang soya, yang mengandungi asid amino dan sumber protein terbaik, amat disukai dalam kalangan pengamal gaya hidup sihat.

Kacang soya tergolong dalam kategori makanan yang berkhasiat dan lebih murah daripada daging, susu atau telur, serta mengandungi 50 peratus protein bagi setiap 100 gram.

Kacang yang kecil ini kaya dengan sumber mineral seperti kalsium, sodium, magnesium, zat besi and fosforus, selain vitamin A,B,C,D serta lesitin.

Protein soya boleh mengurangkan risiko menghidap kanser dan penyakit kardiovaskular, manakala asid amino diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekalkan tenaga.

Kesimpulannya, kacang soya sangat selamat, berzat, murah dan sesuai untuk semua lapisan umur.

Khasiat Kacang Soya

Susu Kacang Soya

Bahan-Bahan:

250 gram kacang soya, gula pasir

Cara Memasak:

1. Basuh dan rendam kacang soya semalaman atau hingga kacang mulai kembang. Buang kulit yang tertanggal.

2. Masukkan 1/4 kacang soya dalam mesin pengisar dan kisar dengan 3 cawan air hingga kacang hancur.

3. Tapis ke dalam periuk menggunakan kain kasa. Perah kacang hingga semua air dikeluarkan.

4. Selesaikan baki kacang dengan cara yang sama. Apabila sudah selesai memerah, masak susu kacang soya dengan api yang kecil.

5. Masukkan gula, masak hingga mendidih dan kacau perlahan-lahan bagi mengelakkan susu soya daripada membuak keluar.

6. Susu soya sesuai diminum panas atau sejuk. Jika disimpan di dalam peti sejuk, minuman ini boleh tahan lama hingga dua atau tiga hari.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin