Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Makanan > Kandungan

Khasiat Jagung

2016-04-19 11:29:53

Khasiat Jagung

Jagung kaya dengan serat. Ia mengandungi serat 4 hingga 10 kali ganda jika dibandingkan dengan beras atau gandum.

Selain itu, jagung juga mengandungi banyak magnesium, karotena dan vitamin E, yang membantu mempercepat peristalsis usus untuk menyingkirkan sisa-sisa toksin dalam tubuh badan manusia.

Karotena yang telah menyerap masuk dalam badan manusia akan bertukar kepada vitamin A yang berfungsi untuk mencegah kanser.

Manakala, vitamin E pula baik untuk melambatkan penuaan dan merendahkan kolesterol dalam serum darah.

Khasiat Jagung

Resipi: Jagung Goreng Biji Tusam Bahan-bahan: 2 tongkol jagung, 100 gram biji tusam, 20 gram bawang hijau, gula, garam, serbuk perasa, minyak masak, kanji 

Cara Memasak: 1. Hiris bawang hijau dan kupil jagung, kemudian rendamkan biji jagung dalam air mendidih hingga masak dan buangkan air. 2. Masukkan minyak masak ke dalam periuk dan biarkannya panas, kemudian masukkan hirisan bawang hijau dan kacau hingga naik bau.

3. Masukkan biji jagung dan biji tusam, tambah garam secukup rasa, bubuh sedikit air biji jagung tadi dan gula.

4. Pekatkan ramuan dengan kanji. Tambah serbuk perasa sebelum dihidangkan.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin