Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Makanan > Kandungan

Khasiat Beras Ceruh

2016-04-08 11:15:16

Beras ceruh merupakan beras yang dikilangkan atau dibersihkan sehingga selaput yang menutup biji dipisahkan. Beras ini mengandungi jumlah kanji yang tinggi, manakala kandungan proteinnya pula kurang daripada 5 peratus. Beras ceruh merupakan sumber tenaga yang baik untuk kesihatan manusia. Walau bagaimanapun, beras ini mengandungi kandungan vitamin B kompleks yang rendah kerana kebanyakannya telah dikeluarkan sewaktu proses pengilangan.

Khasiat Beras Ceruh

Resipi: Bubur Daging Lembu

Bahan-bahan:

400 gram beras ceruh, 200 gram daging lembu, hirisan bawang hijau dan halia, garam, serbuk perasa

Cara Memasak:

1. Bersihkan beras ceruh dan cencang halus daging lembu.

2. Masak beras ceruh dengan air yang lebih sehingga lembik seperti bubur. Biarkannya sehingga pekat dan ketepikan sebentar.

3. Panaskan minyak masak dalam periuk, masukkan hirisan bawang hijau dan halia, kacau hingga naik bau. Kemudian, masukkan daging lembu yang telah dicencang, goreng hingga separuh masak.

4. Masukkan daging tersebut ke dalam bubur tadi, biarkannya hingga mendidih dan daging empuk.

5. Bubuh garam dan serbuk perasa secukup rasa sebelum dihidangkan.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin