Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Makanan > Kandungan

Khasiat Berat Jali

2016-03-29 09:44:55

Khasiat Berat Jali

Beras jali mengandungi lapan jenis asid amino yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Oleh itu, pengambilan beras jali dalam diet harian bukan sahaja boleh menambah tenaga yang cepat habis semasa musim panas, bahkan membantu mengurangkan berat badan dan mencantikkan kulit wajah.

Beras jali yang dimasak dengan ayam boleh membantu merawat cirit-birit dan mengubati penyakit kanser, manakala sekiranya dimasak dengan cendawan akan berfungsi untuk mengeluarkan kelembapan.

Resipi Bubur Jali dengan Keladi Cina

Bahan: 200 gram keladi Cina, 50 gram beras jali dan beberapa biji kurma, gula

Cara Memasak:

1. Basuh beras jali, kemudian rendam dalam air bersih selama lebih setengah hari.

2. Bersihkan keladi Cina dan potong kecil-kecil. Selepas itu, bersihkan kurma.

3. Memasak beras jali dengan air secukupnya dalam periuk, biarkan hingga mendidih. Selepas kira-kira 10 minit, masukkan keladi Cina dan kurma.

4. Teruskan memasak dengan api yang kecil dan kacau seketika. Sebelum dihidangkan, bubuh gula secukup rasa.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin