Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Makanan > Kandungan

Khasiat Ketam

2016-03-03 09:56:17

Khasiat Ketam

Rasa isi ketam yang masin berfungsi untuk mengurangkan kepanasan badan dan membantu pengaliran darah. Selain itu, kulit ketam juga baik untuk mengurangkan kepanasan, menghilangkan haba dan menghentikan pendarahan. Zat besi yang dimiliki oleh ketam lebih tinggi lima hingga sepuluh kali ganda berbanding dengan ikan.

Oleh sebab ketam dan seladeri masing-masing berkhasiat untuk menghilangkan kepanasan dan haba, maka kedua-dua bahan ini sesuai dimasak bersama-sama bagi merawat penyakit yang berpunca daripada kepanasan.

Sekiranya ketam dimasak bersama-sama dengan daun teratai juga amat baik untuk membantu menghilangkan haba dan menyingkirkan racun daripada tubuh.

Khasiat Ketam

Resepi Ketam Kukus

Bahan: 1000 gram ketam, 30 gram halia kisar, kicap, gula, serbuk perasa, minyak bijan dan cuka

Cara Memasak:

1. Bersihkan ketam terlebih dahulu.

2. Letakkan halia yang telah dikisar dalam mangkuk, kemudian campurkan dengan kicap, gula, serbuk perasa dan minyak bijan. Gaul rata semua ramuan tersebut. Selepas itu, ambil semangkuk lagi untuk dibubuh cuka.

3. Masukkan ketam dalam periuk pengukus dan kukus selama 15 hingga 20 minit. Apabila warna ketam berubah menjadi kemerah-merahan bolehlah dikeluarkan untuk dihidangkan.

4. Ketam dimakan bersama dengan bahan ramuan dan cuka.




Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin