Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Makanan > Kandungan

Khasiat Sotong Katak

2016-02-04 11:31:13

Sotong katak boleh menyediakan tubuh dengan 90 peratus mineral yang memainkan peranan dalam penyerapan, penyimpanan dan pembentukan sel-sel darah merah.

Sama seperti ikan dan udang, sotong katak juga mengandungi fosforus yang membantu kalsium membina tulang dan gigi.

Sotong katak adalah sumber protein yang baik, selain kaya dengan vitamin B1 dan B2, zink, magnesium dan zat mineral yang lain.

Namun, berwaspadalah dengan tahap kolesterol anda.

Anda dinasihati agar mengambil sotong katak dalam kuantiti yang sederhana kerana sotong katak adalah antara makanan yang mengandungi kolesterol yang tinggi.

Jadi, berpada-pada ketika menikmati sotong katak ini.

Khasiat Sotong Katak

Resipi Sotong Katak Goreng Lada Merah

Bahan: Sotong katak 250 gram, lada merah 100 gram, minyak masak, hirisan bawang dan halia, kanji, gula, garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara memasak:

1. Bersihkan sotong katak dan hiris.

2. Panaskan minyak masak dalam kuali, goreng hirisan sotong katak hingga masak. Angkat dan tuskan minyak.

3. Masukkan hirisan bawang dan halia dalam kuali, goreng dengan sedikit minyak hingga bau wangi. Kemudian, masukkan hirisan lada merah. 4. Goreng semua bahan tersebut dengan kanji yang dicampurkan dengan air. Kacau hingga rata dan pekat sedikit lalu bubuh gula, garam dan sedikit serbuk perasa sebelum dihidangkan.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin