Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Makanan > Kandungan

Khasiat Daging Itik

2015-12-09 17:03:52

Khasiat Daging Itik

Daging itik, sumber protein dan zat besi, tinggi dengan vitamin B dan dapat membantu penghadaman makanan.

Seperti yang sedia maklum, daging itik mengeluarkan bau hamis, tetapi kita boleh menghilangkan bau itu dengan menggayakan masakan seperti itik panggang atau itik berempah dan sebagainya.

Mereka yang menghidap penyakit jantung atau mempunyai kolesterol tinggi perlu menghadkan masakan berasaskan daging itik, kerana daging itu mempunyai jumlah kolesterol yang sangat tinggi. Kajian turut mendapati, daging itik mengandungi folik yang boleh memberi kebaikan kepada ibu-ibu mengandung.

Resipi Itik Berempah

Bahan-bahan:

1 ekor itik bersaiz sederhana, 3 hirisan halia, 2 kuntum bunga lawang, 2 sudu besar minyak, bahan perisa (digaul bersama): 1 sudu besar serbuk rempah lima rasa (five-spice), 1 sudu kecil lada hitam, 5 sudu besar kicap pekat, 5 sudu besar kicap soya, 3 sudu besar gula dan sedikit garam

Cara Memasak:

1. Bersihkan itik.

2. Sapukan bahan-bahan perisa pada badan itik. Biarkan sekurang-kurangnya 1 jam.

3. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis halia hingga naik bau dan masukkan itik. Biarkan itik dimasak dalam periuk dengan api yang perlahan.

4. Selepas itu masukkan 500ml air dan bahan-bahan perisa ke dalam periuk. Tambah air biar itik terendam dalam periuk. Masukkan bunga lawang.

5. Tutup periuk, kuatkan sedikit api dan biarkan hingga mendidih. Lepas itu perlahankan api dan biarkan itik mereneh dalam periuk lebih kurang dalam satu setengah jam.

6. Apabila itik menjadi lembut, buka penutup periuk dan biarkan sehingga air menjadi pekat.

7. Bila sudah pekat, keluarkan itik dari periuk. Potong kecil-kecil dan hidangkan.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin