Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Makanan > Kandungan

Menu Daging Ayam

2015-12-02 11:49:44

Menu Daging Ayam

Daging ayam baik untuk perut dan berfaedah kepada individu yang lemah badan.

Daging ayam jika dimasak dengan ginseng boleh melancarkan pengaliran darah. 

Manakala jika dimakan dengan cendawan tiram sangat berkesan bagi mencegah penyakit hati dan perut, di samping membantu menguatkan daya ingatan dan tubuh badan kanak-kanak. 

Sekiranya dimasak dengan tauge boleh mengurangkan penyakit kardiovaskular dan tekanan darah tinggi.

Resepi Ayam Tumis Kicap Bahan: seekor ayam, 200g rebung musim sejuk, kicap, garam, gula, serbuk perasa, kanji, bawang hijau, halia dan minyak masak.

Cara Memasak: 1. Bersihkan ayam, kemudian potong menjadi ketulan kecil. Selepas itu, hiris rebung musim sejuk. 2. Panaskan kuali dengan minyak masak. Apabila minyak sudah dipanaskan hingga 80%, masukkan ketulan ayam yang telah dicampurkan dengan kicap. Goreng hingga warnanya menjadi kuning keemasan. 3.Panaskan kuali sekali lagi dengan sedikit minyak. Kemudian, tumiskan bawang hijau dan halia. Selepas itu, masukkan air, kicap, garam, gula, serbuk perasa, rebung musim sejuk dan ayam yang telah digoreng tadi. Selepas mendidih dan mengeluarkan buih, biarkannya seketika dengan api yang kecil. Apabila kuah tinggal separuh dan ayam telah empuk, buangkan bawang hijau dan halia serta masukkan sedikit kanji sebelum dihidangkan.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin