Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Makanan > Kandungan

Kebaikan Kulat Putih

2015-11-11 11:31:05

Kulat putih, sejenis ramuan tradisional dalam kalangan masyarakat Cina, yang biasanya dijual dalam bentuk kering, sering digunakan dalam produk kesihatan dan juga produk kecantikan. Apabila kesihatan dalaman berada pada tahap yang baik, sudah tentu kesihatan luaran juga akan lebih terserlah.

Kulat ini juga dikatakan mampu memerangi penyakit yang sering kali menyerang kesihatan manusia seperti mengurangkan kadar kolesterol dalam darah, melawan pertumbuhan tumor, melindungi hati, meredakan bengkak dan yang paling disukai ramai ialah kulat putih bermanfaat untuk kecantikan serta boleh menghilangkan kedutan di muka, sekali gus menegangkan kulit muka dari sebarang kedutan dan rekahan.

Kebaikan Kulat Putih

Resipi: Rebusan Kulat Putih dengan Betik

Bahan: 100 gram kulat putih, 200 gram betik, gula batu

Cara Memasak:

1. Basuh kulat putih hingga bersih, kemudian rendam dalam air hingga lembut.

2. Potong betik menjadi potongan kecil.

3. Masukkan kulat putih (hendaklah dicarik-carik supaya lebih kecil) ke dalam periuk, lalu tambah air bersih. Rebus hingga menjadi sangat lembut.

4. Masukkan gula batu dan juga buah-buahan yang manis seperti betik.

5. Kacau sebelum dihidangkan dengan ais bagi mereka yang sukakan makanan sejuk.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin