Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Makanan > Kandungan

Hidangan Cendawan Shitake

2015-11-03 15:42:45

Hidangan Cendawan Shitake

Cendawan shitake mengandungi tujuh daripada lapan jenis asid amino yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Cendawan shitake juga mudah diserap oleh tubuh badan kita dan berfungsi untuk mencegah dan mengubati penyakit kanser. 

Di samping itu, cendawan shitake juga baik untuk merendahkan tekanan darah dan mengurangkan kolesterol dalam darah.

Cendawan shitake yang dimasak dengan daging lembu boleh membantu memanaskan badan, manakala jika dimakan dengan tauhu lebih berkesan bagi mengurangkan lemah badan dan menguruskan badan. Sekiranya dimasak dengan sotong akan membawa kebaikan kepada pesakit tekanan darah tinggi dan kanser.  

Hidangan Cendawan Shitake

Resipi Sup Sotong Cendawan Shitake Bahan: 50 gram cendawan shitake kering, 200 gram sotong, 20 gram udang, 30 gram rebung musim sejuk, bawang hijau, kanji, gula, garam dan minyak bijan

Cara Memasak: 1. Bersihkan sotong dan potong dalam bentuk kepingan. Kemudian, masukkan sotong dalam air mendidih seketika dan keluarkan. Cendawan shitake kering yang telah kembang dipotong nipis selepas dibersihkan.

2. Panaskan kuali dengan minyak masak, masukkan hirisan bawang hijau, hirisan rebung dan cendawan shitake untuk digoreng. Kemudian, masukkan air. Seterusnya masukkan udang, garam dan gula secukup rasa. Selepas air mendidih, masukkan kepingan sotong. Setelah sup mendidih dan mengeluarkan buih, masukkan kanji. Sebelum dikeluarkan, bubuh sedikit minyak bijan. 


Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin