Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Makanan > Kandungan

Cendawan dan Daging Lembu Masak Kicap

2015-10-28 17:46:56

Cendawan dan Daging Lembu Masak Kicap

Cendawan yang rasanya sedap, baik untuk kesihatan perut dan boleh membantu mengurangkan kahak dan menghilangkan kesejukan dalam badan. 

Penyelidikan perubatan menunjukkan bahawa cendawan boleh meningkatkan fungsi limfosit untuk mengukuhkan sistem imun badan. 

Sebatian polisakarida dalam cendawan boleh membantu mencegah kanser, serta mencegah dan merawat penyakit leukositopenia dan hepatitis berjangkit. 

Cendawan juga kaya dengan serabut diet, yang boleh membantu proses penghadaman.

Hidangan: Cendawan dan Daging Lembu Masak Kicap (Mo2 Gu1 Shao1 Niu2 Rou4)

Bahan:  

200 gram daging lembu

50 gram cendawan

sebiji ubi kentang

lobak merah, rebung

minyak masak, kanji, serbuk lada, jintan manis 

kicap, serbuk perasa, cuka, garam

cencangan bawang hijau dan halia

Cara memasak:

1.   Daging lembu dipotong dadu; ubi kentang dan lobak merah dipotong kecil; cendawan dan rebung dicuci bersih dan dituskan air.

2.    Panaskan minyak masak dalam kuali dan goreng terendam ubi kentang seketika, lalu angkat.

3.    Panaskan lagi minyak masak dalam kuali, goreng bawang hijau dan halia, kemudian masukkan daging lembu berserta dengan kicap, serbuk lada, jitan manis dan air untuk direbus.

4.    Rebus hingga daging empuk, lalu masukkan ubi kentang, lobak merah, cendawan serta garam, serbuk perasa dan cuka. Reneh hingga kuah berkurang, kemudian masukkan kanji untuk memekatkan lagi kuah. Angkat dan hidangkan.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin