Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Makanan > Kandungan

Khasiat Parsli

2015-10-14 11:46:04

Khasiat Parsli

Kebanyakan kita mungkin tidak menyedari bahawa parsli banyak mempunyai manfaat kesihatan.

Kita selalu mendapati daun parsli digunakan sebagai hiasan hidangan di restoran.

Tahukah anda bahawa herba ini kaya dengan antioksidan, vitamin, mineral dan serat? Sayur ini boleh membantu mengawal kolesterol, mencegah sembelit dan mengurangkan tahap gula dalam darah pesakit kencing manis, meningkatkan sistem imun, mengimbangi hormon, mengeluarkan angin dari perut dan usus, membantu menurunkan berat badan, merawat anemia, reumatisme, gout dan melarutkan batu karang.

Ada satu cara yang boleh diamalkan sebagai detoksifikasi dengan kos lebih kurang RM 1.00, iaitu amalan meminum air rebusan daun parsli.

Cara Memasak:

1. Cuci parsli (dicadangkan dengan air mineral) hingga bersih, kemudian mayang daun ini.

2. Masukkannya ke dalam periuk, lalu tambah air bersih.

3. Rebus selama 10 hingga 20 minit.

4. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu sejuk.

5. Apabila sudah sejuk, tapis bagi mengasingkan daun dan air.

6. Tuang dan simpan air rebusan ini di dalam bekas atau botol yang bersih dan simpan di dalam peti ais untuk menyejukkannya.

7. Selepas itu, amalkan meminum air rebusan tersebut segelas sehari.

8. Jika diamalkan selalu, anda akan mendapati garam dan toksin yang berkumpul di dalam badan, akan dikeluarkan melalui pembuangan air kecil.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin